Oct 11, 2010

Hantaran Perkahwinan

Kepade mreke2 yg nk menghantar dan menerime
hantaran...pk2n
"Sayang, tengok nih. Cantiknya AlQuran nih. Warna
keemasan. Sesuai untuk kita buat hantaran" pekik
Jamilah kepada Nabil...
"Sini pun cantik juga. Warna unggu keemasan.
Mana satu kita nak beli nih" balas Nabil.
Mereka sedang asyik mencari bahan-bahan untuk
dibuat hantaran. Tinggal satu lagi yang masih dicari-
cari iaitu AlQuran yang bakal dijadikan hantaran.
"Tapi, yang ni lagi best, ada terjemahan arab" keluh
Jamilah.
"Ala, awak bukan reti pun bahasa arab" jawab Nabil.
Tergelak Jamilah. Berbahagia rasanya dapat calon
suami seperti Nabil. Prihatin.
"Apa yang saudara cari tu. Nampak seronok saya
lihat" tegur pakcik berbaju putih. Jaluran baju ke
bawah menampakkan lagi seri wajah seorang
pakcik dalam lingkungan 40-an.
"Oh, kami cari AlQuran. Nak buat hantaran.
Maklumlah, nak bina masjid" sengih Nabil. Jamilah
ikut senyum tidak jauh dari situ..
"Oh. Bagus lah. Adik selalu baca waktu bila?" pakcik
menyoal sambil tersenyum.
"Aa.. aa.. lama dah saya tak baca, pakcik" teragak-
agak Nabil menjawab. Jamilah sudah di sebelah rak
yang lain.
"Kalau gitu, tak perlu lah beli AlQuran kalau sekadar
hantaran. Kesian ALQuran. Itu bukan kitab hiasan,
dik " tegur pakcik berhemah.
"Alah, pakcik nih. Kacau daun pulak urusan orang
muda. Kami beli ni nak baca la" tiba-tiba Jamilah
muncul dengan selamba jawapannya.
"Oh, baguslah. Kalau gitu beli lah tafsir ArRahman.
Ada tafsiran lagi" cadang pakcik. Mukanya nampak
seperti orang-orang ahli masjid.
"Ala, besar lah pakcik. Kami nak pilih nih. Kiut lagi"
senyum Jamilah mengangkat bungkusan AlQuran
warna unggu keemasan. Saiznya kecil.
"Jangan lupa baca ya" pakcik dengan selamba
sambil meninggalkan pasangan tersebut.
"Sibuk je la pakcik tu" Jamilah mengomel.
Nabil kelihatan serba salah. Mungkin 'terpukul'
dengan kata-kata seorang pakcik yang muncul
secara tiba-tiba.
Hari yang dinantikan sudah tiba. Mereka sudah
bersolek. Hari nan indah. Terlalu indah buat
pasangan teruna dan dara yang bakal disatukan.
Nabil dan Jamilah tidak sabar-sabar menantikan
ucapan indah tersebut. Pak imam baru sahaja
sampai.
"Assalamualaikum semua" ucapan salam Pak Imam
bergema.
Nabil bagai hidup semula. Dirinya terkejut. Jantung
bagai gugur serta merta. Mungkin tidak percaya apa
yang dipandangnya dihadapan. Ahli-ahli keluarga
berebut-rebut bersalaman dengan Pak Imam.
Mukanya berseri-seri. Janggutnya putih. Jubah putih.
Rambutnya ada yang berwarna putih.
"Inikah pengantin hari ini?" tegur selamba Ustaz
Saad.
"Pak.. Ustaz.. kabar baik, pak... usta.. ustazz.."
jawab Nabil mengigil. Jamilah juga terkebil-kebil
melihat kelibat orang yang dikenali di kedai buku 2
bulan lalu.
"Oh, sebelum tu, saya suka mendengar bacaan adik
Nabil. Mudah-mudahan kita dapat mengambil
manfaat dari bacaan pengantin " cadang Ustaz Saad.
Kelihatan orang ramai mengiyakan. Maklumlah,
ustaz Saad merupakan antara orang dikenali oleh
ahli-ahli sebagai penceramah tetap setiap hari
Khamis selepas maghrib.
Nabil menelan air liur. Baginya inilah saat paling
menyeramkan bagi dirinya. Peluh membasahi baju
melayu satin berwarna putih.
"Ss.. su.. surah apa ustaz?" Nabil cuba
mengagahkan diri. Jamilah masih melihat dari tepi
tirai. Memegang kepalanya. Seperti mengagak benda
yang sebaliknya berlaku.
"Oh, ayat yang mudah ja. Baca 3 ayat Surah ArRa'd"
kata ustaz Saad sambil menunjukkan baris giginya
yang putih hasil bersugi setiap solat mengikut
sunnah nabi. Surah Ar Rad
Surah Ar Ra'd
" Apa benda nih " detik hati Nabil.
" Bismillahirrahmaani rrahim.. ALL..MAA.. RIII..!! "
berlagu Nabil.
Kelihatan gemuruh satu rumah pengantin
perempuan. Ada yang keluar dari rumah menahan
gelak. Ada yang mengeluarkan air mata menahan
kelucuan. Ada yang menggeleng-geleng kepala. Ibu
bapa Jamilah merah padam wajahnya. Jamilah
entah ke mana, mungkin berpura-pura ke tandas.
" Baru ustaz tahu ada kalimah almari di dalam
ALQuran. Adik Nabil, cara bacanya seperti begini : A
' uzubillahiminnassya itaanirra jim..
Bismillahirrahmanir rahim.. ALIF.. LAMM.. MIMMM...
RAA.. " kedengar suara gemersik Ustaz Sa ' ad.
Orang ramai kelihatan ingin mendengar lebih
banyak lagi alunan irama ALQurannya.
Nabil berasa seperti kilat menyambar kepalanya.
" Nabil, kamu jangan merendah-rendahkan kitab
petunjuk iaitu AlQuran. Ianya hendaklah dibaca
bukan sekadar dijadikan hantaran. Malah lebih
malang perlakuan seperti ini seolah-olah menghina
ALQuran. Beli ALQuran kemudian menaruh di
tempat-tempat tinggi seolah-olah ianya sudah cukup
bagi seorang muslim " tazkirah sudah bermula.
Orang ramai memang senang cara penyampaian
ustaz Sa ' ad.
" Tinggi mana pun kamu belajar, tiada gunanya
kitab yang tidak berubah ini tidak mampu kamu
baca. Kitab ini pasti begini rupanya, ayatnya tetap
sama, kedudukannya tidak sama. Malah, ketahuilah
Allah akan menjaganya sehingga hari kiamat. Nabil,
kalau kamu tahu orang-orang yang mengaku kitab
AlQuran sebagai kitab petunjuk kemudian diabaikan
dia pasti dilaknat oleh AlQuran itu sendiri. Tetapi
beruntungnya orang-orangnya memanfaatkan
AlQuran setiap hari, membacanya, menghafalnya,
mengamalkan menjadikan hati terlalu tenang
walapun dia bukannya seorang yang tinggi
pelajarannya, kaya hidupnya dan sebagainya.. "
penutup Ustaz Sa ' ad sudah dikagumi orang
terutama yang mengikuti ceramahnya.
Hari semakin cepat berlalu..
Nabil sudah melalui hari-hari yang indah. Kitab
ALQUran yang menjadi hantaran pertunangan
sudah menjadi diari kehidupannya yang aktif setiap
hari.
Pit.. Pit! Jangan lupa datang rumah ustaz malam nih.
Kita belajar sama-sama. Jangan lupa bawa isteri
sekali ya Nabil. SMS dari ustaz Sa ' ad tiba. Jamilah
senyum disisi suaminya, Nabil. read dis.. Rasulullah
(Sallallahu alaihi wasallam) said: 'When a man dies
and his relatives are busy in funeral, there stands an
extremely handsome man by his head. When the
dead body is shrouded, that man gets in between
the shroud and the chest of the deceased.
Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : 'Bila
seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk
dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang betul-
betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya
dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si
mati.
Selepas pengebumian, semua orang pulang ke
rumah, 2 malaikat Mungkar dan Nakir, datang dalam
kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya
mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal
itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah.
Tapi lelaki kacak itu berkata, Dia adalah temanku, dia
adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya
seorang diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan
untuk menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak
boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia
dimasukkan ke dalam Syurga.'
Thereafter he turns to his dead companion and
says, 'I am the Qur'an, which you used to read,
sometimes in a loud voice and sometimes in a low
voice. Do not worry. After the interrogation of
Munkar and Naker, you will have no grief.'
Selepas itu dia berpaling pada temannya yang
meninggal dan berkata,'Aku adalah Al-Quran, yang
mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan
suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan
suara yang perlahan. Jangan bimbang. Selepas soal
siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan
bersedih.'
When the interrogation is over, the handsome man
arranges for him from Al-Mala'ul A'laa (the angels in
Heaven) silk bedding filled with musk.
Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur
untuknya daripada Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam
Syurga) tempat tidur dari sutera yang dipenuhi
bauan kesturi
Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said: 'On the
Day of Judgement, before Allah, no other
Intercessor will have a greater status than the
Qur'an, neither a Prophet nor an angel.'
Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :'Di
hari pengadilan, di hadapan Allah, tiada syafaat yang
lebih baik darjatnya daripada Quran, mahupun dari
nabi atau malaikat.'
Please keep forwarding this 'Hadith' to all ....because
Sila sebarkan Hadis ini kepada semua ........kerana
Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said:
'Pass on knowledge from me even if it is only one
verse'.
'Sampaikan pengetahuan dari ku walaupun hanya
satu ayat.'

No comments:

Post a Comment

Winking Line Smiley