Aug 27, 2012

August

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wahai suku sakat yang membaca. :)
It's August 27th, masa pantas berlalu.
Ramadan pun dah berakhir.
Selamat Hari Raya Aidilfitri, maafkan atas keterlewatan menghapdet blog.
Wehuhuhu.. T^T

Banyak dapat duit raya?
Beraya kat mana?
Banyak kuih raya?
Family semua sihat?
(Bajet serupa kad raya.)

:3 Sesungguhnya August pun akan berakhir tak lama lagi,
bermaksud tamatlah cuti panjang aku kat rumah.
Birthday pun dah berlalu pada 6 August yang lepas,
Alhamdulillah, ada yang wish tu sampai buat aku sengih sorang sorang
ehehehe~ :D


Adik aku yang wish dari Pahang. :)

Birthday tahun ni, alhamdulillah, jatuh pada hari nuzul quran.
Tak sambut pun, yang penting tahun ni dapat berbuka penuh dengan family
sepanjang bulan ramadan. :)

Raya pun, alhamdulillah. Semua berjalan dengan lancar.
Dapat jumpa saudara yang dekat, yang jauhh.
And walaupun umur dah 20 tahun, dapat jugak duit raya,
(paling banyak pulak tu...)
mungkin sebab nak sambung study kot..

Malam tadi Anis dah balik Pahang.
Aku tengok mak macam nangis je time salam dengan dia.
Tapi mak sorok sorok jela, aku pulak jadi sebak.
Sekarang tinggal aku, mak, abah dengan Acap jela yang tinggal.
Start minggu depan, cuma tinggal bertiga.
Aku macam taknak pergi je bila pikir nanti mak aku sorang sorang kat rumah.
Nasib baik Najib dengan Yus selalu datang rumah.

Anis ni pun, entah bila pulak baru dapat jumpa dia lagi.
Mungkin raya tahun depan kot since cuti tak sama.
Dia pun dah nak exam PMR tahun ni.
Insyaallah dia akan jadi salah sorang pelajar cemerlang MRSM TAR.

:) got to go..jumpa lagi dalam entry akan datang..
till then, assalamualaikum..


Aug 9, 2012

:: Dia Tidak Pernah Memarahiku ::


Sebuah kisah yang menarik untuk dikongsi. :)

(Gambar hiasan-digital-photography-school.com )


Di sudut pasar Madinah ada seorang pengemis Yahudi buta yang setiap hari akan berkata setiap orang yang mendekatinya, “Wahai saudaraku, jangan dekati Muhammad! Dia itu orang gila, dia pembohong, tukang sihir! Apabila kalian mendekatinya maka kalian akan dipengaruhinya.”

Tidak kira siapa yang datang kepadanya, pengemis Yahudi itu pasti akan menghasut mereka supaya membenci Nabi Muhammad, Rasulullah s.a.w. Bermacam-macam kata-kata kesat dilemparkan walaupun pengemis tersebut langsung tidak mengenali baginda.

Sikap dan kata-kata buruk yang dilemparkan oleh pengemis Yahudi itu sampai ke pengetahuan Rasulullah s.a.w. Namun demikian, Rasulullah tidak mengendahkannya. Sebaliknya, setiap pagi Rasulullah mendatangi si pengemis itu dengan membawakan makanan. Tanpa berucap sepatah kata pun baginda menyuap makanan yang dibawanya ke mulut pengemis.

Si pengamis Yahudi yang buta kedua-dua matanya itu mengunyah makanan tersebut. Habis makan, dia mengucapkan terima kasih tanpa mengetahui  orang yang berbuat kebaikan kepadanya tadi adalah Rasulullah s.a.w.

Baginda melakukan hal ini setiap hari  sampailah beliau wafat. Sepanjang baktinya itu tidak pernah sekalipun baginda memperkenalkan dirinya.

Setelah wafatnya Rasulullah s.a.w, tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu. Dia menunggu-nunggu di manakah perginya lelaki yang suka memberikan makanan dan melayannya bagai saudara sendiri. Tapi penantian pengemis Yahudi sia-sia saja kerana lelaki budiman yang ditunggunya itu telah pun wafat.

Suatu hari sahabat baik Rasulullah s.a.w yakni Sayidina Abu Baka r.a. berkunjung ke rumah anaknya, Sayiditina Aisyah r.a. yang merupakan isteri Rasulullah s.a.w. Abu Bakar bertanya kepada Aisyah, “Anakku, adakah kebiasaan kekasihku yang belum aku kerjakan?”

Aisyah menjawab, “Wahai ayah, engkau adalah seorang ahli sunnah dan hampir tidak ada satu kebiasaannya pun yang belum ayah lakukan kecuali satu perkara.”

“Apakah itu?” tanya Abu Bakar.

“Setiap pagi Rasulullah akan pergi ke hujung pasar dan membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang ada disana, kemudian menyuapkan ke mulutnya,” kata Aisyah.

Keesokan harinya Abu Bakar pergi ke hujung pasar dengan membawa makanan untuk diberikan kepada pengemis itu. Abu Bakar mendekati pengemis tersebut dan memberikan makanan kepadanya. Ketika Abu Bakar mula menyuapkan makanan tersebut, si pengemis Yahudi yang buta itu tiba-tiba marah dam mengherdik, “Siapakah kamu?”

Abu Bakar menjawab, “Aku orang yang biasa menyuapkan makanan untukmu pada setiap pagi.”

“Bukan! Engkau jangan membohongiku!” bantah si pengemis buta.

Abu Bakar terkejut, lantas bertanya, “Kenapa engkau berkata begitu?”

Jawab pengemis, “Sebab apabila dia datang kepadaku, tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapkan makanan ke mulutku, tapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut, setelah itu barulah dia berikan padaku.”

Abu Bakar tidak dapat menahan air matanya. Beliau menangis dan terpaksa mengaku siapa dirinya yang sebenar. “Aku memang bukan orang yang biasa datang padamu. Aku adalah salah seorang daripada sahabatnya kerana orang yang mulia itu telah tiada. Dia adalah Muhammad Rasulullah s.a.w.”

     “Muhammad?” soal pengemis buta, terperanjat dengan apa yang baru didengarnya tadi. “Maksud kamu, orang yang selalu menuapkan makanan ke mulutku  pada setiap pagi adalah Muhammad?” sambung pengemis.

     “Ya… Muhammad,” jawab Abu Bakar.

Seketika itu juga pengemis Yahudi itu menangis mendengar penjelasan Abu Bakar.

     “Selama ini aku selalu menghina dan memfitnahnya, dia tidak pernah memarahiku sedikitpun. Dia tetap juga mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi. Dia begitu mulia…” kata pengemis Yahudi sambil mengesat air matanya yang jatuh ke pipi.

Pengemis Yahudi buta itu bersyahadat di hadapan Abu Bakar pada saat itu juga. Mulai saat itu dia menjadi seorang muslim. 


Copied ; Mastika Dec 2006.


p/s : kalaulah kita mampu sesabar itu.. :')

Aug 3, 2012

Aug 1, 2012

Sweet Lily

I know a girl.
She's cute, not petite.
Not too tall, nor too short.
Heard her name, i'm imaging a white lily in mind.
A beautiful lily.
Blossom lily.
Her bright smiles whenever i look at her,
made my day. :)
Made me comfy.

We know each other less than a year,
maybe 6 month or less,
bahasakan diri hang dan aku,
yet, still sweet. :)

Talked about guys we like,
and sometimes crush yang dicipta suka suka.
Usually about her engineer 'hubby'
or my 'secret admirers' (kata lily) 
LOL
There's no such admirers pun,
tapi my sweet lily ni pandai cipta cerita.
And sebaik mula merapu,
pasti melarat hari ke hari.

I missed her.
Rindu nak usik usik,
bergelak ketawa dengan dia.
Nanti i'm going to be in Sabah 
and she's in Kelantan.
Harap masih ada peluang untuk luang masa sesama,
like we used to.

Rindu awak Cik Khalili Abd Manan. :)
Don't ever forget me !
INI SATU AMARAN !



Winking Line Smiley