Sep 16, 2012

Freshie UMS: Part 1

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Wehehehe.
It's been a while since my last entry.
(Tiap kali hapdet belog je mesti ada ayat ni.)
-______-

Harta benda setakat termampu.

Tapi memang betei pun.
Lama jugak dah tak buat entry baru.
Sibuk dengan urusan medical checkup, surat2 rasmi, cop sana sini,
bank itu ini, pendaftaran,
then taklimat, minggu suai mesra, blablabla.
Kalau cerita ni pun bukan ada yang paham.
Terima kasih tak terhingga utk family, dan
Encik Zakir yang selalu teman buat semua benda kejadah ni.
Hehehe.
Alhamdulillah, 2 minggu dah berlalu since sampai 
kat negeri di bawah bayu ni.
Dan alhamdulillah jugak, penerimaan warga UMS setakat ni 
semua baik baik belaka. :)

Sebaik sampai hari sabtu yang lepas,
aku pun macam blur lagi.
Tak sangka, dapat sampai sini.
Kalai dan sorang kawan fb, Muni menginap kat kolej lain.
So, aku sorang jela time tu.
Langsung tak kenal sesapa.
Aku cuma kenal senior Chin Chee Keong, tu pun setakat dalam fb.
Dia pun bukan kenal aku. -.-


Sampai kawasan kolej kediaman dalam pukul 10,
check in bilik semua.
Kampung E nama kolej tu, habih tak glamour la.
(Pendapat time tu woi, bukan sekarang.)
Hhehehe.
Masuk bilik, ada 2 katil double decker.
Salah satunya bahagian bawah dah dirembat oleh Cik Ramona.
:p
So lelaju la pasang sarung tilam, nak katil bawah kan.
Time tu Mona ni pun xda lagi.
Tengah malam baru dia balik dari taklimat.
Nak tidur tu baru aku perasan, pillow are not provided.
T^T
Nasib baik time tu bawak bantal comel yang beli
sesama Encik Zakir dulu.
Dapat la jugak dijadikan alas kepala. :)

Esoknya berpakat dengan Kalai, keluar 1Borneo
semata mata nak cari bantal.
Pusing punya pusing, jumpak jugak.
Pengalaman pertama. :)

Hari ahad tu jugak, terima lagi 2 roomates.
Tan dan Federlin.
Memang kat UMS ni, student dicampurkan
dalam 1 bilik, berlainan bangsa.
Mula mula rasa awkward jugak, tapi lepas berapa hari,
cool sedja bha. :)
Kalau aku dengan Mona solat, depa pun tak bising bising.
Alhamdulillah, bilik aku semuanya freshie.
Bilik kawan lain ada jugak senior.
Hari hari seterusnya penuh dengan taklimat etc.
Freshie UMS: Part 2 :)
Winking Line Smiley