Jun 14, 2014

'Conversation Dua'

"Jangan bawa aku terbang tinggi, kalau tak mampu tahan aku dari jatuh."

" jika aku bawa kau terbang tinggi, kita akan sama2 di atas sana , kerna aku mampu "

"Hati aku tak sehebat kaca baru. Dah pecah beribu yg aku cantum semula. Walau betapa rendah, terhempas tetap pecah."

" yang pecah memang tak boleh cantum, jika di cantum pasti akan nampak jugak retak nya, aku tak mintak untuk cantum, aku hanya mintak sekeping hati baru, untuk aku hargai "

"Dah habis aku korban segala cebis yang ada. Hati dah mati. Tak ada lagi yang baru."

" hati tidak mati, hati masih ada, cuma hati itu telah lelah, lelah dengan penipuan, buanglah lah lelah itu, lelah itu menyakitkan "

"Kalau lah buang semua tu umpama semudah kita selak helaian buku baru. Kalau lah. Kalau."

" tidak mudah , tidak senang , tapi semua itu terletak pada diri sendiri, awak yang pilih, rasa apa yang awak nak , bangun lah, "

"Justeru apa yg aku pilih. Terus menipu diri yang aku dah tak mampu simpan rasa. Sakit."

" kenapa aku di sini? aku di sini untuk membawa kau pergi, jauh dari penipuan diri sendiri, aku yakin , aku mampu buat kau berubah "

"Satu benda yang aku rasa jelas kita perlu tahu. Jangan bagi harapan kedua kita."

" harapan tidak datang bila dicari, harapan datang sendiri bila hati mula menerima "

"Hakikatnya harapan tu lah punca dulunya kita. Hancur. Kecewa."

" itu hakikat, tapi tak semua harapan itu menjatuhkan kita, tak awak tak "

"Kalau tidak situasi kita bukan begini. Kalau tidak semua ni takkan pernah ada."

" awak, jika bukan kerna situasi lama, pasti kita akan terus leka, terus ditipu, bersyukur, kita dah lalui situasi itu lebih awal "

"Dan apa bezanya kalau cipta baru kalau kesudahannya ada kemungkinan untuk sama. Aku wanita yang insecure. Kau pula dikenali. Aku biasa sendiri sedangkan kau biasa berteman lagi. Lelaki dan wanita. Aku ingatkan lagi. Aku wanita yang insecure. Kau takkan suka."

" aku siapa? aku tidak di kenali, aku hanyalah sebuah boneka, jika kau mahu, aku sanggup buang, sebab apa? sebab aku mahu kau terbang tinggi bersama aku, aku akan buat insecure itu hilang "

"Kalau aku minta apa kau sanggup buang apa yang kau ada? "

" jika itu mampu buat kau terima , aku sanggup , tapi tolong, aku juga punya perasaan, hargai lah "

"Kekadang kalau kau nampak, kita saja beriya. Lelaki crush sini sana. Macam mana mau rasa percaya?"

" kadang2 kita rabun, kita tak nampak, itu semua gurauan, tiada apa2 yang lebih, jangan percaya dengan apa yg kita lihat jika kita tidak bertanya "

"Kekuatan tu dah tak wujud. Terlalu percaya tu dulu buat belakang aku robek ditikam tanpa belas. Yg ditinggal dia utk aku cuma kekuatan untuk bertahan dan menjauh."

" aku mahu jadi kekuatan mu, aku mahu jadi semangat untuk kau bangun, aku mahu kau percaya aku mampu, aku  mau mendekati aku, aku mahu semua itu "

"Apa kau yakin kau takkan biar aku jatuh?"

" aku yakin kerna aku juga pernah jatuh, aku jugak pernah sedih, aku jugak pernah menangis, dan aku tak akan buat kau rasa apa yang aku pernah rasa, aku dah penat dengan semua rasa itu, aku mahu bahagia macam orang lain, tapi aku mahu bahagia bersama kau "

"Manis. Tapi terlalu manis hinggakan semut sekecil aku bisa mati. Simpan harapan kita. Teruskan apa yang ada. "

" aku tidak manis, ini semua kata hati , datang dari dalam,  apa yang tersimpan ku luahkan, apa yang terkunci ku bukakan "

"Pujuklah hati aku kalau kau mampu."

" jika itu yg kau mintak, aku akan cuba, cuba hingga kau dipujuk "

Jun 3, 2014

Mimpi

Apa salah jika mau bermimpi?
Yang pejam mata itu aku.
Yang rasa juga aku.

Winking Line Smiley