May 28, 2014

Cerita Kahwin!

Tau tak perasaan bila salah sorang ahli keluarga nikah masa kita tengah jauh dan tak dapat balik? Sigh. Kena pulak time tu banyak urusan dan tarikh nikah tu pun diawalkan dari tawikh yang sepatutnya sebab tok tak bagi. Mkayyy.


Nikah on december. Masa ni memang tak balik aa ceritanya. Tup tup mak call cakap tok ubah tarikh nikah. Senyap jela.


Masuk kampung. Masa ni pulak aku tgh berkejar siapkan lauk utk hidang rombongan. I suppose to be there. T^T Once pengantin sampai ja terus riuh rendah semua masing-masing dengan rancangan sendiri.


Dia abang yang paling kuat aku cari pasal dari kecik. Hahahahahah.
Najib.


Satu cerita yang orang luar tak tau. Penduduk rakyat jelata kiri kanan depan belakang kat kampung ni semuanya sporting, gila-gila belaka. Pantang ada majlis kahwin, mesti ada adat-adat prank pengantin ni. Darjah kesukaran atau dia punya tahap hati kering tu terpulang aa macam mana nakalnya pengantin tu buat kat pengantin yang sebelumnya.
Tak kisahlah anak ketua kampung ka apa, semua kena. Pernah air garam, air yg macam air belacan, susu dalam botol susu pun ada. Macam-macam! Aku nanti entahlah. Ingat nak masuk ikut pintu belakang ja. Haha.


Buliiiii~


Pemancing tegar. Kira kenangan la ni.



Paling bertabiat ni depa buat. Hampar tikar tengah jalan orang duk lalu lalang. Tapi takpa. Orang kampung dah biasa kalau kenduri memang dah expect benda ni jadi so semua masing-masing memang naik moto ja.
Yang bestnya kena bagi makan suap menyuap kat tengah jalan. Yang kena payung cuma pengantin perempuan. Yang lelakinya berpeluh-peluh sampai tanggal make up. Eh.


Wajah-wajah yang confirm ada setiap kali kenduri kahwin. Ni lah geng pranksters kat Parit Tok Kip.
Bergiat aktif dari dulu sampai sekarang. -___-


Bertandang kat rumah kak Zati. Warna baju pengapit sesungguhnya lari tema. Dan dua-dua pengapit terjun yang decide malam sebelum bertandang. -_-


Nieces. 

Banyak lagi nak story sebenaqnya ni tapi gambar-gambar simpan kat tempat lain so ingat nanti nak bebel panjang-panjang, dengan gambaq banyak banyak sampai muntah lah.

Selamat pengantin tak berapa baharu, Najib. Moga kekal sampai bila-bila.

p/s: And congratulations, parents-to-be. Kehkehkeh.

From: Maktam to be. Banyaknya baby soon!

Entahlah.

"Tiap yang mematah tegakmu, tiap yang menolak, tiap yang memijak henyak, biar di belakangmu."

Aku belajar yang hidup, even diri sendiri pun, tak boleh dipercaya.
Sebab ada masa yang mematah hari kita, adalah diri kita sendiri.
Yang menyongsang apa yang seharusnya berlaku, ada kalanya kita juga.

Lantas apa yang perlu kita suaikan?
Melangkah pergi, dan biarkan.

Aku belajar yang hidup, kita sendiri pun tak apa.
Masih hidup. Yang hakikatnya kita bukan sendiri.

Maaf, dan memaafkan.
Sakit, memang sakit. Tapi hari ini akan jadi semalam.
Hari semalam tentunya tidak akan sama seperti hari ini.

Aku belajar yang hidup, bukan hanya kerana lelaki.
Melainkan bapa, dan saudara sendiri.

Tegak kita berdiri kerana mereka.
Untuk dibangga, untuk dimanja, untuk dijaga.
Bukan untuk lelaki yang tidak pandai menghargai.

Aku belajar yang hidup, bukan untuk membenci semata.
Terlalu banyak keindahan dunia yang perlu dicinta.

Langit biru, awan putih, pelangi indah.
Hujan, air, tanah.
Setiap jasad perlu jiwa dan nyawa dari rasa cinta.

Aku belajar yang hidup, bukan hanya di dunia.
Maka mohon, ajarkan aku berhenti mengejarnya.

Aku mau kita nanti bahagia sama-sama.
Tak kisahlah siapa. Asal bisa pimpin tangan setiap kita.
Ke tempat paling indah di dunia seterusnya.

Ukhwah fillah abadan abada. Moga diperkenan hendaknya.

"Tuhan jangan kau izin aku lupa, jangan kau biarkan aku mendepang dada. Pasakkan hatiku pada kaki, paksakan ku tunduk sehingga mati."


Dan gambar sama sekali tak punya kaitan. Hahaha.


May 7, 2014

Angkuh.

Kau pikir kau sorang saja yang kenal dunia? Yang mana semua telunjuk kau acu, semua perlu berpaling seiring? Pergi mampus dengan ideologi yang kau cipta sendiri. Teruskan dongak angkuh teruskan acuh tak acuh. Condemn orang bersuara bila suara kau sendiri tidak terdengar oleh mereka. Keras menghina dari social media padahal muka kau sorokkan mungkin risau ditampar serta merta jika didepan muka. Kasihan. Kau mau cari nama, bagitahu sahaja. Jangan dabik dada cuba jadi attention seeker sana. Pikir kau hebat? Cuba pandang ke bawah, kau pijak apa? Tanah. Tinggi mana kau pergi yang kau rasakan kau lebih selayaknya bersuara tentang kami? Kita sama sama berpijak atas bumi, manusia. Kau bukan malaikat. Kami juga bukan. Maka apa yang membuatkan tinggi kita beda? Pergi mampus, bangsat.


Kalau mampu, bila jadi jenazah nanti mohon kau bergolek ke kuburmu sendiri.


P/S: Mohon tunjukkan muka di dunia nyata. Aku mau hadiahkan kau sebegini rupa.

.







May 2, 2014

Haiku Hancur.

Mustahil bila
Harap mimpi jadi nyata
Eh, siapa kata?

Mimpi dejavu
Cuma aku yang tahu
Pernah berlaku

Isi mimpi aku
Dengan senyum tawamu
Aku bahagia

It’s just a dream
Don’t let it drag you into
A sleepy head

Bila kau bangun
Semuanya dah berubah
Kau bukan kau

Kerana mimpi
Kau jadi pendusta
Pendusta realiti

Fikir ia benar
Hanya sekadar mimpi

Kekal mimpi

Haiku.

Haiku. Terus terusan haiku. 
Entah dari cabang mana yang aku mula gilakan.
Dari pencinta pencinta puisi di twitter, buat aku tak keruan.
Apa haiku ni? 
Google. Hashtag. Macam orang hilang anak. 
Sampai dapat jawapan. Haiku. Micropoetry.
Cabang puisi dari negara matahari terbit yang diadaptasi.
17 suku kata. 5-7-5.
Satu persatu aku cuba sampai hasilnya aku puas. 
Ya. Mungkin puisi sebenarnya yang aku cinta. 
Winking Line Smiley