Jan 26, 2013

Kangen!

Salam.
Gua nak bagitau ni.
Gua ada buat satu deal.
Gua takkan ingat satu benda kat Sabah pun kalau gua balik rumah.
And gua rasa gua dah kalah deal.
Baru 4 hari gua balik gua dah rindu malaun malaun semua tu.
*kidding kawann..*
Aku rindu depa.Tsktsk. T^T













Jan 24, 2013

A Brother

Bismillahirrahmanirrahim.
Salam alaykum.
Malam ni adalah malam maulidul Rasul bersamaan 12 Rabiulawal.

Oleh yang demikian ayuhh kita membaca sambil berselawat. ;)

Entry kali ni sebenarnya susah jugah nak dipublish.
Pikir dulu tujuh lapan kali sebelum publish. Keke~
Akhirnyaa aku buat jugak keputusan, sebab aku sendiri pun tak pernah cerita kat sapa sapa.
Okay

He's 5 years older than me.
Kecik kecik dulu aku rapat dengan dia and taktau lah kenapa sejak dia masuk sekolah menengah kami dah tak rapat dah.
Dulu dia pun perangai tah hapa hapa jugak, and aku rasa tu biasa la kan sebelum jadi betul betul matang.
*ah shut up zany.* haha
Dulu dia pun hisap rokok kat sekolah, ponteng tu aku taktau la.
Tapi aku tgk ada masa dia study, dia study betul betul.
*aku rasa la*
then sejak dah masing masing besaq and aku pun makin nakal kononnya
Kerap jugak kena sepak terajang dengan dia.
Dia layan aku macam aku ni budak lelaki yang boleh fight back semua tu
Tiap kali kena aku tahan dulu, bila boleh lari dari pandangan orang baru aku nangis
Time tu benci aku bertambah berganda berdouble triple lemon lemonade semua cukup uknow
Aku sampaikan pernah rasa aku tak pernah nak anggap dia abang aku.
Aku even harap dia bukan abang aku.
Then bila dah reda rasa marah and sakit tu, baru aku fikir balik kat mana salah aku.
And sebenarnya memang salah aku pun. -_-
Tapi tak payah la nak menggans dengan aku. Aku kan insan yang lemah. Huhu.
Walau macam mana pun, aku dah biasa dengan keadaan tu.
Rasa benci tu pun tetap berulang ulang kali muncul dan hilang.
Benda ni berlanjutan sampai la aku besar.
Bila aku buat salah dia akan marah.
Kadang kadang bila abah dengan mak tak mampu tegur, dia la jugak yang tegur.
Mak tau sebab kami takut dengan dia walaupun kuat melawan. Hehe~
Kami still tak rapat sampai sekarang, tapi aku tau dia care.
Time aku dapat result SPM, dia tengok result aku senyap senyap.
Kalau result aku lagi teruk dari dia then dia akan marah
Camtu jugak dengan STPM.
*sistem ugut mengugut result ni aku turunkan kat adik adik aku. hehe*
Bila dah dapat u, means aku tinggal mak, abah dengan acap ja kat rumah.
Yang lain semua duduk asing asing. Adik perempuan pulak kat MRSM.
Means abang abang aku jela especially yang ni yang akan balik rumah selalu.
Tak lama lepas aku kat u, aku ada stalk jugak fb dia.
Dia update status, berkenaan adik adik perempuan dia semua dah jauh while kakak pulak kat tempat lain.
Means anak perempuan takdak pun yang duk kat rumah
Maybe ni la namanya Allah dah atur setiap perkara dalam hidup bila adik lelaki aku sorang ni macam dah malas nak sambung study.
At least dia ada kat rumah kalau ada apa apa jadi.
Sejak kat u jugak, aku selalu mintak duit dari abang aku ni padahal dulu nak sembang dua tiga ayat pun susah.
Segan jugak sebenarnya nak mintak kat dia tapi bila aku mintak dia selalu bagi.
Rasanya banyak jugak dah yang aku mintak, ada jugak dia merungut.
Tapi dalam merungut tu pun dia bagi jugak.
*tahan nangis*
Baru ni memang aku takda duit sangat dah.
Aku mintak kat abang num 2. Then abang tu tak dapat nak bagi.
Sembang punya sembang pastu abang aku ni text and tanya pasal duit.
Aku kalau boleh nak elakkan dari mintak kat dia lagi, tapi last last sampai jugak kat dia. -_-
Haihh~ tak senang hati nak mintak saja so aku just cakap, hutangkan dulu.
Pasni pun aku taktau la camna lagi aku akan susahkan dia sedangkan dia tengah kumpul duit nak kawin.
Aku nak cakap terima kasih pun aku tak reti memandangkan keadaan kami yang jarang bercakap dari dulu.
Tapi seboleh bolehnya aku nak dia tau jugak yang aku tak berdendam apa apa dengan dia and aku nak ucap terima kasih.
Dia dah banyak tolong aku sampai la umur aku mencecah 21 ni.
Mungkin keadaan ni akan berputar jugak bila adik aku dah sambung study and aku dah start kerja. Wallahualam.
Bersyukur aku ada ramai adik beradik. :')
Salam.

Jan 12, 2013

Sister


Funny. You're my sister anyway. :)

Ranau And Kundasang Family Outing

Salam Alaykum.

Okay this gonna be a longggggg entry so far, sebab banyak gambar yang nak di share.
Perjalanan ni merupakan trip Energetic *sebahagian* *energetic adalah nama kumpulan dalam course sains sukan kami* yang pertama dan kedua.
And trip ni sesungguhnya TIDAK DIRANCANG terlebih awal. Bila nak pergi baru plan. ;)
Semuanya jadi bila one of us planned untuk gather secara kecil-kecilan and akhirnya jadilah trip 2 hari 3 malam secara tidak rasminya. :)
Walaupan dah lama berlalu, dalam sebulan dua jugaklah, but still, tetap akan ingat sampai bila-bila insyaAllah.  :)
So, gambar-gambar ni cuma dipilih secara rawak. Tak ikut urutan peristiwa kot. Ahahahah~
Tengoklah tengok. Mana la tau kot berkenan. ;)



So ni adalah kumpulan manusia yang join trip tersebut.
Semua sporting dan kegilaan mereka terserlah berpuluh juta kali berbanding kat dalam kelas.
Memperkenalkan.....haha..*kot la kalau ada yang mencari jodoh*
Perhatikan gambor2 dalam grid kecik tu..

1. Baju oren - Akim, hobi sepanjang perjalanan-menyanyi dan merepek, tapi semua gelak bila dengan dia. Kelantanese. Budokk kriket. Heyy kelantanese! ;)

2. Baju hitam - Shahmin, ermm. Kelantanese jugak. Budok volleyball.

3. Baju pink - Shah, selangorian. Senyap-senyap dia kalau cakap tak kena, sentap kauu. :D Handball.

4. Si gadiss - Patcey, Sabahan. Jangan salah cakap dengan dia kalau taknak kena "sottt..kimet..dan sebagainya.." haha. Perancang program. Atlet balapan. Pssst~dia kecik. Haha~

5. Yang belakang ya, belakang - Shark. Aku dah lupa nama beliau. Haha. Main ping pong. Bagi aku dia macam pendiam sikit la. Bagi aku. -___- kay kay. Gamer setakat yang aku tau, and dia tinggiii~

6. Baju hijau - Che Mok, orang terengganu, satu-satunya yang main golf dalam energetic. Kuat merajuk dan tacing. Uwahaha. Apa pun dia jugak penjaga kami kat sana. Hahah~ Seppp siket!

7. Ermm. Topi plastik? - Idzaty, Johorean, sofball punya budak, bermulut hingaq, fanatic fan of Adam Hawa, and aku taktau kenapa dia letak plastik tu kat kepala. -____-

8. Yang mulut ternganga, memang habit kot - Hafizi, orang penang hoi! Bermulut hingaq, tapi funny. K dah zany. Tambahan, dia ni main bola. Macam bola yang main dia sebab dia kecik! Haha

9. Berbaju kuning - Abg Halim "Orang Tua", sebab dia tua setahun, menggelarkan diri sendiri CR7, jambu bila call gepren-lembut teruih (ada orang habaq k halim), orang Sungai Petani Kedah kalau tak salah. Pemain bola sepak. Ehmm, malaih puji satgi perasan.

10. Bertudung - kalau berkenan masuk la meminang. Hahhaha~

11. Baju putih - Jeng, nama pesbuk ***** ****, terengganu asalnya, berwajah arabic sikit-sikit. Haha. Menggerunkan bila tengok dia dalam gym. Pemain bola kalau tak salah. -_____- kalau nak berkenalan, pastikan anda bertudung labuh, k? Joke joke.

12. Berbaju kelabu taik - Miza, pemilik kamera, berwajah gay, pemain rugby, and he's a johorean. Dalam trip ni baru kenal dia buat pertama kalinya setelah beberapa bulan sekelas. Ekeke. 

13. And lastlyyy~ - Jacky, Sabahan, pemain hoki, yayyy! Driver yang menunjukkan jalan. T___T Thank goodness tak tersesat. 

And dah kenapa aku bagitau jenis sukan? Saja nak habaq. Hehe~


Dinner di area Pasar Phillipines.


Hutan Lipur Kawang entrance.


BBQ-ing


Mandi-ing. Eh?
*asalnya pi hutan lipur ni nak mandi sungai tapi apakan daya,
semua kegilaan mandi dalam ni. -______-


US. :)


US. :)


And usss..again..camwhore betul.. -______-


Them...


Them...


And themm...damn.. -___________-


Termasuk gambaq ni. Maafkan saya. >.<


ODEC.


Pilih-pilih seafood. Aku macam expert ja pilih-pilih ni padahal...
Ikut sedap... -_____-



Kinabalu park - day 2


Kinabalu park - setelah mendaki, memanjat, dan sebagainya.
SubhanAllah. :) Cantik dan sejuk.


And finally, nampak jugak Kinabalu Mountain peak. 
Tak sabar nak mendaki nanti.
Mudah-mudahan panjang umur dan berpeluang naik pada sem-sem akan datang.



A : Jangan la merajuk darlingg, kejap lagi kita makan kepsi k.
B : Takmau kepsi, nak mekdi. Ahhh~

*k dah zany dah*



Ahh~ ceteke pukul berapa? :)
Time ni jalan seawal 5 setengah pagi kot, semata-mata nak cari breakfast.
Time ni dalam 6 setengah atau 7 kalau tak salah.



View kat sini cantikk. :) Pekan Ranau.


Gile begambor bebudok ni. 


Poring Hot Springs entrance. Mandi lagi!


K. Comel. Haha~


Zabedah setelah keletihan mencuci kain baju dan spender.
Ahhaha~ Sorry patcey. :p


Them :)


Musyawarah bincang tempat seterusnya.


Kundasang, macam Cameron Highlands. :)


Bestfriend sejak dari sekolah katanya.


Haha~ mamu.


Kalau tak tau apa ertinya bunuh diri, itulah rupanya.
Walhal tadi pun nak bunuh diri terjun gaung dengan moto. Ahhaha~ 
Sori ! Sorang yang takda dalam gambar awal tadi, Andi, Sabahan.


Sebelum aktiviti mendaki. Ahh~ Sombong gua disitu. 
There, lagi 2 orang. Baju putih, Gerald, Sabahan. Baju hitam, Johren also Sabahan. 


Tiada motif, tiada caption.
K. Tah kehape anda-anda ni. -_____-


And lastly~ sepatutnya ni gambar awal-awal tadi,
kat Tanjung Aru. 


Sepatutnya banyak lagi tempat yang nak pi, Ladang Strawberi, etc, tapi memandangkan masa tak mengizinkan and trip kali ni pun tak dirancang lebih awal, so, setakat tu jelah yang dapat pergi. Actually banyak gila gambar, tapi tak menyanggup nak tunggu mengupload nate-nate ni. -___-
InsyaAllah mudah-mudahan dipanjangkan umur dan dapat kita buat trip macam ni lagi! 
Semua enjoy dan semakin rapat alhamdulillah.
Mudah-mudahan juga persahabatan yang terjalin ni berkekalan. *muka serius*
Lain kali jalan lagi k! :)

Wassalam.................

Jan 11, 2013

Sukan Prestasi Tinggi - Sains Sukan - Contoh soalan

Assalam alaykum. This is my first entry of 2013. Alhamdulillah.
Jadi minggu ni adalah exam week bagi budak-budak degree seluruh malaysia. *rasanya* 
And aku pun hampir tak terlayan blog semua ni. T^T
Esok pulak adalah paper kokum dan seterusnya paper Sukan Prestasi Tinggi. And i'm sharing thiss untuk sahabat-sahabat yang sama course. 
Harap-harap sedikit sebanyak dapat membantu. :)

Bahagian A

1) Pengawalan apungan melibatkan EMPAT elemen iaitu; (2M)
2) Nyatakan EMPAT kelebihan kuak lentang penyelamat. (2M)
3) Jelaskan bagaimana Expired Air Resuscitation (EAR) berkesan membantu mangsa lemas. (2M)
4) Senaraikan EMPAT gaya dalam pertandingan renang. (2)
5) Senaraikan mengikut urutan bagi acara lumba ganti rampaian. (2M)
6) Senaraikan LIMA pengadil dan bidang tugas masing-masing dalam sesuatu pertandingan renang. (5M)
7) Jelaskan Persediaan (Preparation) sebagai satu prinsip yang perlu dipatuhi sebelum melakukan aktiviti akuatik. (5M)
8) Terdapat beberapa faktor yang memberi kesan terhadap sesuatu rancangan tindakan menyelamat. Senaraikan apakah faktor-faktor tersebut. (5M)
9) Senaraikan LIMA kaedah menyelamat mangsa lemas. (5M)
10) Terangkan bagaimana rintangan dan tujahan (Resistance and Propulsion ) mempengaruhi kelajuan seseorang perenang. (5M)
11) Senaraikan LIMA undang-undang FINA untuk kuak dada. (5M)
12) Apakah maksud gaya bebas (freestyle) mengikut undang-undang FINA? (5M)
13) Jelaskan maksud menyelam dalam aktiviti akuatik. (5M)


Bahagian B

(1) Bagaimanakah membetulkan kesilapan berikut;

a. Tiada keselarasan semasa melakukan kuak dada (5M)
b. Menyedut air dalam kuak rangkak (5M)
c. Lutut keluar dari permukaan dalam kuak lentang (5M)
d. Kuakan tangan tidak konsisten dengan pernafasan dalam kuak lentang (5M)
e. Tendangan kurang berkesan dalam kuak lentang (5M)

(2) Pilah satu kemahiran gaya kuak atau kuak renang. Terangkan bagaimana melakukan kemahiran tersebut dengan mengemukakan ansur maju melakukan daya yang dipilih tadi. Anda boleh gunakan lakaran untuk membantu penjelasan anda.
Winking Line Smiley