Jan 11, 2013

Sukan Prestasi Tinggi - Sains Sukan - Contoh soalan

Assalam alaykum. This is my first entry of 2013. Alhamdulillah.
Jadi minggu ni adalah exam week bagi budak-budak degree seluruh malaysia. *rasanya* 
And aku pun hampir tak terlayan blog semua ni. T^T
Esok pulak adalah paper kokum dan seterusnya paper Sukan Prestasi Tinggi. And i'm sharing thiss untuk sahabat-sahabat yang sama course. 
Harap-harap sedikit sebanyak dapat membantu. :)

Bahagian A

1) Pengawalan apungan melibatkan EMPAT elemen iaitu; (2M)
2) Nyatakan EMPAT kelebihan kuak lentang penyelamat. (2M)
3) Jelaskan bagaimana Expired Air Resuscitation (EAR) berkesan membantu mangsa lemas. (2M)
4) Senaraikan EMPAT gaya dalam pertandingan renang. (2)
5) Senaraikan mengikut urutan bagi acara lumba ganti rampaian. (2M)
6) Senaraikan LIMA pengadil dan bidang tugas masing-masing dalam sesuatu pertandingan renang. (5M)
7) Jelaskan Persediaan (Preparation) sebagai satu prinsip yang perlu dipatuhi sebelum melakukan aktiviti akuatik. (5M)
8) Terdapat beberapa faktor yang memberi kesan terhadap sesuatu rancangan tindakan menyelamat. Senaraikan apakah faktor-faktor tersebut. (5M)
9) Senaraikan LIMA kaedah menyelamat mangsa lemas. (5M)
10) Terangkan bagaimana rintangan dan tujahan (Resistance and Propulsion ) mempengaruhi kelajuan seseorang perenang. (5M)
11) Senaraikan LIMA undang-undang FINA untuk kuak dada. (5M)
12) Apakah maksud gaya bebas (freestyle) mengikut undang-undang FINA? (5M)
13) Jelaskan maksud menyelam dalam aktiviti akuatik. (5M)


Bahagian B

(1) Bagaimanakah membetulkan kesilapan berikut;

a. Tiada keselarasan semasa melakukan kuak dada (5M)
b. Menyedut air dalam kuak rangkak (5M)
c. Lutut keluar dari permukaan dalam kuak lentang (5M)
d. Kuakan tangan tidak konsisten dengan pernafasan dalam kuak lentang (5M)
e. Tendangan kurang berkesan dalam kuak lentang (5M)

(2) Pilah satu kemahiran gaya kuak atau kuak renang. Terangkan bagaimana melakukan kemahiran tersebut dengan mengemukakan ansur maju melakukan daya yang dipilih tadi. Anda boleh gunakan lakaran untuk membantu penjelasan anda.

No comments:

Post a Comment

Winking Line Smiley