Jan 7, 2014

Monolog 2 Jiwa

“Aku nak sayang kau. Aku nak jaga kau.”

“Kau tak kenal aku.”


“Mungkin aku kenal lebih dari yang kau tahu.”


“Aku dulunya perempuan celaka yang habiskan malam tersisa dengan dosa.”


“Apa kau fikir aku peduli dengan masa lampau kau? Aku tidak dilahirkan untuk terus hidup pada masa lalu.”


“Kau lelaki gila pernah aku jumpa.”


“Gila ini juga mungkin disebabkan rasa cinta.”


“Kau juga pentingkan diri.”


“Aku letih melihat kau dari jauh bersendiri.”


“Apa?”


“Setahun ini aku pandang kau sahaja. Aku belajar mengenai kau. Aku belajar semua tentang kau.”


“Kan aku bilang. Kau gila.”


“Sebab kau.”


“Kenapa aku?”


“Kau tahu jodoh?”


“Aku bukan jodoh kau.”


“Kau yakin?”


--- Diam.


“Apa kau yakin kau bukan jodoh aku?”


“Tapi jodoh itu rahsia.”


“Jadi kau mahu tunggu sampai kau tahu siapa jodoh kau? Bagaimana jika ianya aku?”


--- Diam.


“Jangan buang masa aku. Aku tak peduli siapa engkau semalam. Aku mahu engkau untuk hari esok dan 
seterusnya. Aku akan jadikan kau wanita paling bahagia, aku janji.”


“Jangan berjanji. Kalau kau rasa ianya sukar untuk kau tepati. Mana kau tahu aku akan bahagia?”


“Ada kau dengar ragu dalam kata-kata aku? Sedangkan kau sendiri yang ragu.”


--- Diam. Membatu.


“Tapi aku tak kenal kau.”


“Jadi satu masalah jika kau tidak kenal aku?”


“Iya..”


“Jadi aku mahukan masa depan kau, untuk aku perkenalkan diri aku, satu persatu.”


“Mengapa perlu aku percayakan kau?”


“Sebab sepenuh kepercayaan aku letakkan pada hari ini, saat ini.”


“Apa kau mahu?”


“Jadi isteri aku.”


“Aku tidak mahu hidup susah.”


“Aku punya hati yang mewah. Dengan kasih sayang.”


“Ianya takkan bawa bahagia.”


“Kolot.”


“Kau yang kolot.”


“Aku pilih kau dari istikharah. Apa Tuhan menipu aku? Aku bilang pada Tuhan, aku akan bahagiakan kau. Maka Tuhan tunjukkan kau pada aku, apa Tuhan menipu? Kata Tuhan, kahwin kalau kau mahu bahagia, apa Tuhan juga menipu?”


--- Diam. Sunyi.

FJ, TH.


7 Januari.

No comments:

Post a Comment

Winking Line Smiley