As salam
Terniat malam ni nak buat entry baru since beberapa hari
lalu lagi aku dah hilang tempat aku bercerita daily. Hahah.
Jadi segala cerita terkumpul then aku ceritakan kat sini.
Dari tengah pack goodie bag tadi lagi aku dah pikir apa natang nak masukkan
dalam entry kali ni.
Tadi macam banyak sesangat. Sekali bukak lappy, terus blur,
tak tau nak start dari mana. -______-
Solemnization in less than a week.
Ciss ayat la solemnization. Kenduri kendara kecil kecilan
jelah sempena perkahwinan abang aku.
And kali ni masih kekalkan adat merewang atau gotong royong.
Haritu pun dah bincang antara Mak dengan Najib. Either nak
ambik servis caterer atau gotong royong.
Kalau ikutkan Yus, better catering sebab lagi senang
katanya.
Memang la senang sebab semua orang sedia. Hang pulak sedia
duit dengan ruang ja.
Tapi dah jadi kebiasaan kat kampung ni bila kenduri, buat
gotong royong.
Apatah lagi geng geng muda belia n pakcik makciknya sedia
membantu.
Sememang memangnya bila ada kenduri, sehari sebelum kenduri
lagi sampai esoknya diorang dah ada.
Nak cerita sikit pasal kenduri kat sini. Seronok.
Kebanyakan tempat memang la ada segala jenis tol sebelum
pengantin masuk rumah kan. Tempat kami lain sikit rasanya dari tempat lain dari
yang aku pernah dengar.
Ada yang kena naik Kubota, basikal roda tiga, naik motor,
macam macam. Silap silap ada yang dah naik mesin padi. Tah pernah ke tidak
dibuat orang. Semuanya cuma bekas pengantin yang pernah rasa.
Kalau duuuullu punya, diorang letak batang pinang melintang
parit depan rumah. Anyone boleh challenge lintas batang pinang tu. Gila kau
dengan licin, kecik lagi. Tapi seronok.
Sekarang dah tak dibuat orang. Jadi medium hiburan lebih
kearah membuli pengantin. Macam tadi naik macam macam. Then kena jemur tengah
panas lagi. Kena bagi minum air garam, air belacan, air terlajak gula, ikut
kreativiti bebudak muda kat sini.
Yang pasti, time tu anak anak muda kampong ni akan berkumpul
ramai ramai buli pengantin. Berpeluh peluh, cayaqq mekap dibuatnya pengantin
tu.
Ada yang nakal sikit balut kotak berlambak2 pastu suruh
pengantin bukak. Yang nakal lebih sikit, bagi pengantin minum tongkat ali sama
kacip kak timahh. Hahah. Jangan Tanya kenapa.
Yang paling aku yakin, kenduri Najib nanti mesti kena buli
habis habisan since dia la jugak yang kuat buli pengantin kat kampung ni
sebelum ni. Ambik. Karma tu karma. Ahhahaha.
Ok habis. Gotong royong tadi…
Bila buat gotong royong ni, lagi kerap orang kampung datang
rumah. Untuk mesyuarat lauk, pacak balai, kukus pulut, kenduri, and roboh
balai.
Nahh. 5 benda, 5 hari. And biasanya jugak tiap kali semua
tu, kita sediakan makan makan walaupun sikit.
Macam malam semalam mesyuarat lauk. Yelah. Kenduri gotong
royong, takkan dengan magisnya tiba tiba semua tau nak masak apa kan.
Jadi orang orang yang lebih tua, lelaki semua dalam 30-40
orang, maybe kurang, datang and bincang tentang lauk pauk, then list down
barang barang yang nak kena beli, dari sekecik kecik garam sampailah sebesar
besar natang yang entah apa lagi.
Al kisahnya mesyuarat lauk semalam, sabtu. Masa tu Cuma aku,
Acap, Mak dengan Abah kat rumah.
Dah tengahari tapi belum plan apa apa. Jadi Mak cakap, kita
buat malam ahad, yang sepatutnya malam ni.
But then Abang Li balik and bagitau diorang dah cuti, Najib
dengan wife dia pun nak balik dah.
Aku pandang Mak. Mak pandang aku balik. Aku angkat kening.
Then Mak cakap, okay kita buat malam ni. Kahh. Time tu dah pukul 2 lebihh.
Bahan apa pun takda.
Mak nak buat bihun sup. Abang Li nak mee sanggul. Angah
Pahang cakap buat mee kari. Then undi seterusnya aku sokong mak. Hahahh.
Jadi ceritanya kemas kemas rumah sikit then dalam jam 4 jalan
gi beli segala bahan nak masak nanti malam. Aku, Mak, Abang Li, and the three
lil musketeer yang gila mamp nakal kat sana. Sambil tolak troli, nak kena
tengokkan bertiga budak kecik tu. -______-
Bihun, ayam, kentang, sayur, sampailah ke sudu, besen dan
segala bagai beli masa tu jugak.
Mak memang kadang kadang tak plan nak beli pun tapi dah
nampak depan mata… Takpa, aku perempuan, aku paham jugak. Kah.
Dalam jam 7 lebih baru sampai rumah, terus punggah semua.
Abah pun baru balik dari bagitau orang kampung.
Sampai rumah, dah ada Najib dengan Zati kemas kemas rumah.
Kat dapur ada tok ngah dengan tok jawa hiris bawang. Awal lagi depa prepare
barang2.
Terus ambik ayam, cuci. Abang Li panaskan air seperiuk
besar, masak ayam, jadikan sup. Bihun pun baru rendam. Jam 8 malam dah. Baru
start keluarkan pinggan mangkuk dari cabinet. Jug, cawan dan segala mak nenek
dalam sana. Sambil cuci itu ini, berkejar lagi pergi sana sini. Stress. Haha.
Time tu jugaklah orang dah start datang. Jemputan lelaki,
tapi makcik makcik yang sekitar rumah ni pun paham jugak dah jadi diorang pun
datang jugak tolong tolong.
Settle bincang semua plus doa selamat lagi dalam jam 10 then
terus hidangkan bihun sup. Pas habis tu tau lah lotihnya pulak kemas kemas.
-___-
Habis cerita mesyuarat lauk. Siang tadi busykan diri
menyibuk kat dapur, masak masak. Takdak la masak apa sangat tapi ada la jugak
hasilnya. Then Mak suruh buat amenda tah, aku masuk bilik just nak tgk
notification kat hp, ended up terlelap sebelah Acap.
Aku dapat bayangkan betapa panasnya hati Mak time tu. :3
Petang tadi semua buat hal sendiri. Aku bawak Mak pi rumah
rumah sepupu Mak nun jauhh disana. Mohon imagine jauhnya. Sangat. -_____-
Semuanya sebab Mak nak jemput kenduri and bagi kad terus
dari tangan. Secara tidak langsung dapat la kenal kenal saudara.
Lagipun Mak selalu pesan, bila dia dah takda setidak
tidaknya aku tau siapa yang aku kena bagitau. Setidak tidaknya bila diorang
datang rumah dan mak dah takda, aku kenal. :’)
Sempat jumpa cikgu Taufik tadi kat rumah Along Siah. Anak
dia pun dah besar. Dan first time juga jumpa wife dia sebab masa dia kawin dulu
aku kat Sabah.
Balik dari bawak Mak, terus hadap goodie bag. Masukkan apa
yang ada. Hasilnya, dapatla 2-3 ratus bag malam ni. Besok sambung lagi.
Apa apa pun aku tak boleh biar duduk sorang sorang tak buat
kerja. Sebab kepala otak aku ni macam dah set, bila duk camtu terus teringat
sesuatu. Ahhh. Rindu.
Banyak sebenarnya plan nak masukkan dalam entry ni tapi
tetiba hilang satu persatu. Kahh.
Maybe next entry aku akan cerita sikit pasal merewang kat
tempat ni. Yang pasti, memang best.
Till then, Assalamualaikum. :)