Sebuah kisah yang menarik untuk dikongsi. :)
(Gambar hiasan-digital-photography-school.com )
Di sudut
pasar Madinah ada seorang pengemis Yahudi buta yang setiap hari akan berkata
setiap orang yang mendekatinya, “Wahai saudaraku, jangan dekati Muhammad! Dia
itu orang gila, dia pembohong, tukang sihir! Apabila kalian mendekatinya maka
kalian akan dipengaruhinya.”
Tidak kira
siapa yang datang kepadanya, pengemis Yahudi itu pasti akan menghasut mereka
supaya membenci Nabi Muhammad, Rasulullah s.a.w. Bermacam-macam kata-kata kesat
dilemparkan walaupun pengemis tersebut langsung tidak mengenali baginda.
Sikap dan
kata-kata buruk yang dilemparkan oleh pengemis Yahudi itu sampai ke pengetahuan
Rasulullah s.a.w. Namun demikian, Rasulullah tidak mengendahkannya. Sebaliknya,
setiap pagi Rasulullah mendatangi si pengemis itu dengan membawakan makanan.
Tanpa berucap sepatah kata pun baginda menyuap makanan yang dibawanya ke mulut
pengemis.
Si pengamis
Yahudi yang buta kedua-dua matanya itu mengunyah makanan tersebut. Habis makan,
dia mengucapkan terima kasih tanpa mengetahui
orang yang berbuat kebaikan kepadanya tadi adalah Rasulullah s.a.w.
Baginda
melakukan hal ini setiap hari sampailah
beliau wafat. Sepanjang baktinya itu tidak pernah sekalipun baginda
memperkenalkan dirinya.
Setelah
wafatnya Rasulullah s.a.w, tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap
pagi kepada pengemis Yahudi buta itu. Dia menunggu-nunggu di manakah perginya
lelaki yang suka memberikan makanan dan melayannya bagai saudara sendiri. Tapi
penantian pengemis Yahudi sia-sia saja kerana lelaki budiman yang ditunggunya
itu telah pun wafat.
Suatu hari
sahabat baik Rasulullah s.a.w yakni Sayidina Abu Baka r.a. berkunjung ke rumah
anaknya, Sayiditina Aisyah r.a. yang merupakan isteri Rasulullah s.a.w. Abu
Bakar bertanya kepada Aisyah, “Anakku, adakah kebiasaan kekasihku yang belum
aku kerjakan?”
Aisyah
menjawab, “Wahai ayah, engkau adalah seorang ahli sunnah dan hampir tidak ada
satu kebiasaannya pun yang belum ayah lakukan kecuali satu perkara.”
“Apakah
itu?” tanya Abu Bakar.
“Setiap pagi
Rasulullah akan pergi ke hujung pasar dan membawakan makanan untuk seorang
pengemis Yahudi buta yang ada disana, kemudian menyuapkan ke mulutnya,” kata
Aisyah.
Keesokan
harinya Abu Bakar pergi ke hujung pasar dengan membawa makanan untuk diberikan
kepada pengemis itu. Abu Bakar mendekati pengemis tersebut dan memberikan
makanan kepadanya. Ketika Abu Bakar mula menyuapkan makanan tersebut, si
pengemis Yahudi yang buta itu tiba-tiba marah dam mengherdik, “Siapakah kamu?”
Abu Bakar
menjawab, “Aku orang yang biasa menyuapkan makanan untukmu pada setiap pagi.”
“Bukan!
Engkau jangan membohongiku!” bantah si pengemis buta.
Abu Bakar
terkejut, lantas bertanya, “Kenapa engkau berkata begitu?”
Jawab
pengemis, “Sebab apabila dia datang kepadaku, tidak susah tangan ini memegang
dan tidak susah mulut ini mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu
menyuapkan makanan ke mulutku, tapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan
tersebut, setelah itu barulah dia berikan padaku.”
Abu Bakar
tidak dapat menahan air matanya. Beliau menangis dan terpaksa mengaku siapa
dirinya yang sebenar. “Aku memang bukan orang yang biasa datang padamu. Aku
adalah salah seorang daripada sahabatnya kerana orang yang mulia itu telah
tiada. Dia adalah Muhammad Rasulullah s.a.w.”
“Muhammad?” soal pengemis buta,
terperanjat dengan apa yang baru didengarnya tadi. “Maksud kamu, orang yang
selalu menuapkan makanan ke mulutku pada
setiap pagi adalah Muhammad?” sambung pengemis.
“Ya… Muhammad,” jawab Abu Bakar.
Seketika itu
juga pengemis Yahudi itu menangis mendengar penjelasan Abu Bakar.
“Selama ini aku selalu menghina dan
memfitnahnya, dia tidak pernah memarahiku sedikitpun. Dia tetap juga
mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi. Dia begitu mulia…” kata
pengemis Yahudi sambil mengesat air matanya yang jatuh ke pipi.
Pengemis
Yahudi buta itu bersyahadat di hadapan Abu Bakar pada saat itu juga. Mulai saat
itu dia menjadi seorang muslim.
Copied ; Mastika Dec 2006.
p/s : kalaulah kita mampu sesabar itu.. :')