Jul 31, 2012

STPM~ Junior VS Senior



Assalamualaikum...
Tangan semakin menggatal nak berblogging entah kenapa.
Yang pastinya bulan ni aku free jela sampai sept 1st. T^T
Jadi kesempatan yang ada ni aku harap dapat tebus kemalasan mengupdate blog sebelum ni, dan sebelum aku kembali busy.
Tadi pagi sempat juga melawat sekolah, konon nak lepas rindu la. Lagipun cikgu jugak mintak datang buat surat bagai. Dah alang alang tu, terus tembak pejabat dan laju laju ambil sijil STPM. -.-
Cerita tentang STPM, adik adik aku *junior 2012* sangat bertuah sebab tingkatan enam dah start guna sistem universiti. Tada guna betul.
Jelly much la sebab adik adik ni tak rasa susahnyaa zaman kakak abang dia ni.
Sekarang tingkatan enam dah guna sistem semester yang mana kami harapkan berlaku kat batch kami dulu. Tsktskk.
Tadi sempat sembang dengan junior tu, dia ambik sejarah jugak.
Yang aku rasa macam nak makan makan dia bila dia bagitau cuma belajar dan jawab 4 paper setiap semester. Puiihhh..
Geramnyaaaa. Dengki lahaii adik adikku..
T^T

Tak dapat laa diaorang merasa betapa packnyaa otak yang disumbat sengan semua syllabus tingkatan enam apatah lagi kombinasi Sejarah Malaysia, Sejarah Asia, Tamadun Dunia dan Tamadun Islam yang kami rasakan, di compressed pulak dalam masa 3 jam untuk hasilkan cuma 
"4 ESSAY"!!.
Ya Allah. 
Bukan kerja mudah melainkan dengan usaha yang extremely gigih la.
Dan aku tak buat pun.
Dan junior junior 2012 ni pulak cuma belajar sem1 dengan pembelajaran tahun awal, sem2 dengan yang selebihnya, while sem3 cuma buat kerja kursus.
You guysssssss lucky gilaaaaaa!!!

Walaupun begitu........

Aku masih ingat lagi kata kata cikgu, STPM ni antara peperiksaan yang sukar didunia.
Memang sukar la kalau dah semua sekali di blend dalam otak, sampai masa perah.
Dan akhirnya yang keluar cuma *kosongg kosonggg*
Cikgu juga kata, langkah kau kat tingkatan enam ni, bukan bermaksud kau gagal bersing dengan kawan kawan kau yang ke matriks, poli, etc. 
Sebenarnya ini jalan keluar kau untuk jadi lebih baik daripada mereka.
"Berada di tingkatan enam umpama sebelah kaki kamu berada di universiti."
Itu ayat yang sering diulang ulang oleh cikgu sampai students pun rasa bosan.
Tapi ada benarnya jugak.
Alhamdulillah, ramai kawan kawan yang dapat sambung degree,
including me. :)

So guys, andai kata kau berada di tingkatan enam sekarang, jangan pernah anggap diri kau tersisih dari kawan kawan lain yang ambil asasi, diploma. La tahzan.
Sesungguhnya itulah jalan yang ditunjukkan oleh Allah SWT.
Kau sebenarnya bertuah, dan hanya kau yang mampu nilai semua itu. 
Sama ada kau lepasan STPM atau sedang belajar, tak ada bezanya.
Teruskan belajar!

See You Di IPT. ;)

No comments:

Post a Comment

Winking Line Smiley