Jul 27, 2012

First Post of 2012

Bismillahirrahmanirrahim.
Sekali lagi cuba kembali menaip di ruangan blogger ni, lepas hampir beberapa bulan menjauhkan diri. It's been a while since my last post. Hidup terlalu hectic suatu ketika dulu. Sibuk dengan persekolahan, STPM, kerja, interviews, sehinggalah sekarang, akhirnya dapat jugak peluang rehatkan mental dan fizikal.
Macam yang aku dah nyatakan, aku dah tamat persekolahan tahun lepas, dan itu petanda bahawa aku sudah melangkah ke fasa baharu, iaitu fasa usia 20'an. Hewhewhew. :)
Alhamdulillah, peperiksaan STPM tak terlalu membebankan and aku berjaya dapatkan pointer yang cukup cukup untuk melayakkan aku ke universiti.
Alhamdulillah sekali lagi, dengan rahmat Allah, aku dapat jejakkan kaki ke menara gading dan insha Allah, akan mendaftar pada 1 September di Universiti Malaysia Sabah. :D
Seriously aku takkan lupakan perjalanan aku ke interview UMS di IPSAh Sungai Petani dulu. Bagi aku, memang wajar untuk aku kenangkan susah payah abang aku untuk pastikan aku sampai dengan selamat. Thank you, Yusmalizam Ismail, Najib Ismail.
Lepas panggilan interview tu, aku terima panggilan menduduki ujian MEdSI. Yang buat aku frust kak limah time tu, sebab pusat ujian aku berlainan dengan kawan lain. -.- SMK Dato' Burhanuddin, Taiping kalau tak salah. Lepas ujian MEdSI, dapat pula panggilan temuduga pendidikan di UPSI. Alhamdulillah, dapat lalui dengan tenang. (tapi tak dapat pun akhirnya.) 
Thanks sekali lagi for those yang membantu perjalanan ni, Yusmalizam Ismail dan Pak Yi yang ambik aku pulang dari UPSI, Latifah Hashim yang tumpangkan aku ke UPSI,  dan Hairul Naim yang hantarkan aku masa ujian MEdSI. 
And sebalik semua tu, aku masih bekerja si Seagate Technology, Penang.
Letih iolls ulang alik dari Parit Buntar ke Penang 3-4 hari seminggu.
Dan alhamdulillah juga, hasil dari bekerja, dapat juga merasa hasil titik peluh sendiri aka shopping berbelanja secara berhemat. Wahaha. Mohon jangan percaya. ;)
Dan mulai 25 Julai, aku dah berhenti secara tidak terhormat atau dengan ayat lebih mudah, melarikan diri. ;p Letih melakukan sesuatu tu bila hati kita tak lagi terletak disitu.
(Hati dah terbang ke Kota Kinabalu) Amin aminnn...
Sepanjang khidmat aku kat situ, makin ramai yang aku kenal. Kak Irah yang selalu layan aku dengan baik sejak dari awal,*haha*, Atikah yang akan jadi peneman di UMS, Razzi yang suka buat jelingan ala ala diva ;p, Yani dan Sha, Zaki si bassist Sleepside yang suka tanya bila aku nak berhenti, Balqis the meow meow, Kamarul aka Qamarina yang..........ermm.., Siti Hajar yang asalnya aku tak faham sangat pelat Terengganu dia *baik sgt*, Tasha yang sejak dua menjak tak suka makan, Che Sayang yang lemah lembut *adakala ganas*, Surya, Syafiq, Syafiq, *ada dua*, Taufik, Shahar, Kak Iza, Kak Izan iaitu trainer aku dulu, Kak Ani aka Leader yang ranggi dan suka usik kami, and last but not least, KHALILI aka LILY yang paling aku sayang. Aku kenal dia sejak masuk kerja. Dia layan aku baik gila walaupun kadangkala perangai aku dah sampai tahap perempuan meroyan. :)
Dia sangat baik, dan ingatkan aku pada arwah bestie yang sanggup dengar segala macam yang aku sampaikan walaupun tak berilmiah. 
Weww, actually ramai lagi yang aku kenal tapi ni bukan guestbook mahupun phonebook yang perlukan aku list semua. Wehehe.

Sekian dari post pertama 2012.
Salam ramadan. Spread the love! :)

No comments:

Post a Comment

Winking Line Smiley