Jan 7, 2011

~In Loving Memory~Syamsuhailah Samsuri~


Hyeeeloooooo...^^
Firstly, thanks sebab sudi menjenguk blog yang tak seberapa nihh.. :)
Anda, anda dan anda nihh ada bestfriend tak? Yang betul-betul punya bestfriend lahh.
Well, aku ada sorang SAHABAT yang sangat sangat rapat dengan aku.
Nama dea, Syamsuhailah bt Samsuri
Aku kekadang panggil dea Syam, kekadang panggil Su, kekadang Ila
Sahabat aku sejak tadika lagi nihh..
Dilahirkan pada 10 Mei 1992
Dea nihh kecik jea orangnya. Hehh.
Menetap takk jauh dari rumah aku.
Jadi, rumah dea laa spot kami melepak sambil bergosip bertazkirah.
Kehkehkeh..
Tujuan aku publish nih, haa, sebab tetiba aku teringat kat dea.
Boleh kaa dak publish nih? Boleh dak? *pasai pii kat aku* HAHAH
Jumm mengimbas The Unforgettable....*zaaaassssssssssssss*

'Hanya dirimu yang bisa membuatku tenang, tanpa dirimu aku merasa hilang, dan sepi'

Tadika >>>1998
Budak kecik (laa dah besaq nahh) bernama Nurul Izzany nihh buat pertama kalinya masuk ke tadika *riangriaribena* dengan keadaan blur dan *malumalu*.. Pilih satu spot untuk *pencilkan diri yang kecil*.. Hahhah.. Sampai laa satu masa nihh, datang sorang budak yang lagi kecik dari dea. Dalam hati si Zany nih, *pendek je budak ni* (takk sedaq sendiri pun ketot gak masa tuhh..) Nakk dijadikan cerita, berkawan laa berdua kanak-kanak ribena nihh... Makan sama-sama (takk cukup, Zany tuh paww pulak makanan Suhaila..patutlah gemuk. -___-)  Jalan sama-sama *cam doremi selalu buat tuu*.. Duduk sebelah-nyebelah.. pi toilet pun berdua.. Sampai cikgu panggil kembaq..
>Selingan sat. Cikgu tuh dahh meninggal tahun lepas. Cikgu sejak abang long aku tadika, sampai adik aku yang paling kecik. 30 tahun tuhh weh. Family aku terhutang budi jasa dea sangat2. Ringan-ringankan tangan sat, sedekahkan Al-Fatihah kat dea..<
Okay..back to the story..pasal budak berdua tadi. Haa.. Dah jadi kawan baik dahh depa nih walaupun Zany tuh suka buli segala bagai si Suhaila tuh. :D Pernah sekali, cikgu pisahkan depa berdua. Zany duk selatan class, Suhaila pulak duk kat utagha nun. Agak-agak pa benda jadi? HAHAH.. Depa songlap duit harta benda cikgu tuh? Dakk aih. Tak baek uihhhh.. Suhaila steady jaa.. Izzany? Teriak takmau duk habaq. *sobsob*sroootttt*...habeh tudung kawan sebelah dea pi lap hingus.. Wahhahah.. Malangnya sapa yang jadi mangsa keadaan tuh.. Then, cikgu pun boring dengaq Zany duk teriak so dea letak balek berdua nih duduk sesama. Pernah satu masa tuh, test awal tahun.. Duk gaduh berdua.. tau dak pasaipa.. Hanya kerana 'ikan'. Yang sorang duk kata, 'dakkk...eja ikan macam nihh, 'I.E.K.A.N kann' ikannn.. Yang sorang pulak, dakkkk... 'Y.E.K.A.N kannn..' baru betoi.. Hahhh.. Gaduh pulakk..last-last dedua salah, padan muka.. Hahah..

'Kenangan bersama kekal selamanya, sekalipun kau hilang di mata, sering aku merindu'
Sekolah rendah>>>1999-2004
Yeayy..Yeayy...! Seronoknya di Pulau Sentosa..! Saat nihh, masing-masing kenal lebih ramai kawan. Zany dengan Suhaila still berkawan baik. Panjat pokok,.. Mandi parit.. Jatuh bangun, mesti berdua. Family masing-masing dah faham dah dengan depa berdua. Kalau Suhaila tak dak, mesti dengan Zany. Kalau Zany tak dakk, mesti dengan Suhaila. Rindunya.. Darjah 2, depa buat pakatan rakyat hahh.. Tulis surat cinta kat budak yang depa suka.. HAHAH.. Gatai kemain! Zany tulis surat kat Sapuan, Suhaila tolong bagi,. Suhaila pulak buat surat kat Faiz, Zany tolong bagi. Isi surat? Sumpah lawak! Aku amat *********** segala bagai! Bhahahahha! Skema gilaaa.... Dedua kena reject time tuh, tapi depa gelak jaa.. Haha.. Best kot kena reject? :p
Start darjah 4, masih kawan baik, tapi kat luar je. Kat dalam sekolah, Zany lebih rapat dengan '3I'.. Intan, Izwani, Izzany. Time tuh Zany fikir, kalau nak pandai, kena kawan dengan orang yang pandai. Berhasil, result Zany always excellent. Suhaila pulak, okay-okay je. Zany tinggalkan Suhaila. Tamaknya Izzany. :(

'Terdiam, hanya bisa diam'
Sekolah menengah>>>2005-2009
SMKPBG, here we come..!
Zany - Suhaila jadi rapat balik since depa duk pi sekolah sesama, naek bas yang sama. Walaupun ditempatkan kat kelas yang berlainan, depa tetap rapat. Tiap kali raya, rumah pertama yang depa akan pi adalah rumah masing-masing. Pernah sekali, Zany pi raya kat rumah Suhaila. Time tuhh, cousin Suhaila datang. Lama takk jumpak nihh. So, Zany rasa cam terpinggir je. *sayu,..hati ini makin sayuuuuu....* ( lagu raya siti ) :p
So, nak dijadikan cerita, Zany membawak diri jauhhhhhh ke perantauan.. (toksah caya) Tiga hari gak lahh dea mrajuk dengan Suhaila, sampai laa dea dapat text message dari Suhaila haa.. Content dea, 'Salam Zany, hg marah aku ke? Aku mintak maaf sgt2.. Mak kata, kalau tak cakap lebih dari 3 hari, kita kawan tak kekal. aku tak mau jadi camtu...............'
Okay, msg dea panjang, yang laen biaq Zany jaa yang tau. Lepas tuh, terus baik balik.
Menengah atas, masing-masing mula kenal boifren segala mala. Gadiss dan kisah cinta dan cemburu buta dan..dannn.. macam-macam laa time tuh.. Well, Zany ada gak laa jeles banyak sikit coz Suhaila lawa, segakk bak kata orang utagha. Haha..
2008 - Suhaila pindahh sekolah! Tinggal laa Zany kat Panglima Gemilang dan Terbilang Menjelang 2010.. Bila jumpak, Suhaila selalu cita sal kenkawan dea kat sekolah baru tuhh. Zany? Sedih, jeles, tak suka. Tapi dea simpan dalam hati. At least, dea takk payah nak risau sangat ngan keadaan Suhaila kat sana. Tak lama sebelum tuh, Suhaila sakit teruk. Kurang darah merah. Memang kesian sangat-sangat. Muka always pucat. Zany yang selalu teman dea kat rumah.
2009 - Suhaila dah sihat. SPM! Hahhah.. Terbaik lahh..still maen-maen walaupun exam dahh dekat. Keputusan depa pun okay..suam-suam je.. :D

'Tamatlah zaman persekolahan, masih dihantui memori, waktu kecil, waktu yang gemilang, saat ku tak mahu pergi. Alangkah, indahnya dunia bila kita semua tak akan membesar'
E.I.G.H.T.E.E.N>>>2010
Kerja kerja kerja! Hahha.. Penganggur memerlukan kerja! So, berkhidmat laa depa nih kat Laird Technologies. Kerja rilek, gaji sedap jugak kot.. Haha.. Gelak *huhahuha* suma together-gether.. Januari>>>Februari>>>Mac>>>April>>>sampailahh detik tuh...depa kerja shift malam...

1 April - "Zany!! Aku dapat pi Masterskill!  Abah aku nak antaq sana. Surat suma dah siap." Suhaila happy gila. Cepat-cepat dea suruh sorang kakak nih buatkan surat berhenti untuk dea.. "Lepas ni aku tak dak dah. Hang jaga diri tau.."

2 April - Suhaila bagi surat berhenti kat supervisor. Malam tuh, masing-masing duk sedih and buat kerja diam-diam. Tengah malam tuh, Suhaila pi kat tempat Zany.

"Zany, aku mengantuk.."
"Sat lagi tidoq laa puas-puas nahh.. Pas habis keja aku, kita lena.."
"Okay"

Pas rehat ketiga subuh tuh, Suhaila datang lagi.

"zany, aku tak larat. Jum, tolong aku packing sat."

Kerja Suhaila,packing Marvell. Kerja dea selalu sibuk time last2 lah while Zany pulak dah siap lebih awal. Selalunya, Zany akan tolong dea, tapi malam tuh,

"akuu..bz sikit laa Syam.. Nakk tolong Linda nih.. Hang pi buat slow-slow uke."

Herghhh..rasa nak pelangkung kepala Zany nih tau dakk..geqamm..bodohnya deaa....!!! Dea menyesal buat camtu..tau pasaipa? Sat lagi cita..

3 April - Balik dari kerja pagi tuh. Happy-happy, gelak-gelak.. Zany, Izma, duk menyakat Suhaila. Habehh *blushblushh* kawan tuh. Depa plan kuar dalam kul 10. So, balik deri kerja, sampai rumah, mandi. Siap-siap, terus kuar. Kurau jela pun. Zany, Suhaila, Izma ngan Linda. Pagi tuh Zany pi ambik Suhaila. Pucat. Dea kata tak sempat tidoq dari semalam tuh lagi coz bz settlekan borang Masterskill. Otw pi Kurau, dea tunjuk segala rumah kawan-kawan sekolah dea kat Zany. Dea sempat gitau Zany yang petang tuh, dea na kuaq dengan Anif pulak, kwn bek dea kat sekolah baru dea tuh.. Zany ada gaklaa jeles sikit. Takpa.. Tak kisah sangat.. Jeles sangat kang, jadi kecelaruan identiti lak.. Haha.. Sampai Kurau, Suhaila senyap jela. Takk banyak cakap.. Elok duk atas Mazda Zany (moto jelah), dea banyak cakap balik. Duk cerita pasal Abob, boy dea..
Selingan lagi... Abob tuh dah kawin bulan lepas.. Selamat Pengantin Lama Baru! Semoga kekal sampai Armageddon..Bhaha.. :D
Sampai kat rumah, Suhaila salam ngan Zany. Sejuk. Duk sembang pelik-pelik.

Petang Sabtu, 3 April 2010, - Zany kuaq pi pasar malam Batu 5 sensorang. Saja duk ronda. Boring bagai mak nenek. Sampai sana, hujan lebat tak hengat haa. Mau tak mau, kul 7 redah gak hujan lebat tuh. Tak memasai mak dea marah kot dah lewat camtu. Otw tuh, abang dea duk call banyak kali. Yang Zany nih, tak mau angkat langsung call tuh, takut kena marah jaa. Takpa. Elok sampai rumah, 7.30 p.m...Hafiz Muaz ada kat rumah. Zany tanya pasaipa. Hafiz takk jawab lagi, dea terus call ababg Zany. "Najib, Nurul ada nih. Dea tak dak papa.." Bertambah-tambah pelik laa Zany. Pasaipa depa nih? Then Hafiz bg tau.. " Kawan hang accident, dua orang. Dua2 meninggal." Aku tanya sapa. Dea kata, Suhaila.

.........................................................................

Zany blur sat. Biaq betoi? Biaq benaq? Biaq Betik? Hafiz kata, depa ingatkan Suhaila kuaq dengan Zany coz pagi tuh, orang ramai nampak depa berdua kuaq sekali. So, depa ingatkan, yang meninggal tuh, Zany dengan Suhaila. Even orang kampung pun kata depa berdua yang meninggal tuh. Nauzubillahi Minzalik. Zany tuh dah orang kata mati, agak2 dea terkejut senak tak? CONFIRM! Tambah pulak Zany kuaq petang tuh, ta bg tau sesapa. Family dea lagi laa risau. (adik-adik yang baca, kuaq rumah bagi tau mak abah naa..satgi depa jadi lagu tuh pulak..) Zany pulak, teriak teruih. Dalam kepala otak, cuma ada suhaila. Yang tuh ja dea pk time tuh. Cam takk caya sebab baru kuaq sesama tak kurang 4 jam before suhaila accident. *dubdapdubdap* Zany ambik phone, call semua member yang ada. Kak Ana, Linda, Izma. Terkejut bagai nak rak. Depa kata Zany nak prank depa. Zany dengan duk meleleh ayaq mata, hingus segala duk kata dakk...betuiii..Suhaila dah tak dak.. Sayu jaa.. Mak pun sedih tengok Zany time tuh.. Sepanjang malam Zany duk teringat Suhaila,. Ayah Suhaila kata, mayat still kat hospital pb lagi so malam tuh, aku stay jaa kat rumah. Sapuan, Nyet, Monyok, n kenkawan depa, pi ziarah malam tuh.

4 April - Pagi tuh,Zany pi ziarah kat rumah Suhaila. Alhamdulillah, muka dea tenang ja. Putih. Zany sempat pi tengok sat then jumpak mak dea. Sedih,pilu... T^T
Kak Ana, Kak Alin, Din, Abob, Aen, ada mai jugak. Nazri, ex suhaila pulak, ada kat PLKN. Semua tak sangka dengan pemergian dea. Al-Fatihah~

Syamsuhailah bt Samsuri
05.10.1992 - 03.04.2010
Sebab kematian : Severe head injury
Lokasi : Batu 14, depan sekolah SMK Kuala Kurau
Waktu kejadian : 5.50 petang

Al fatihah jugak buat sahabat Suhaila yang terlibat, Anif Syaklah.
Semoga Allah mencucuri rahmat keatas keduanya.

Wahai sahabatku, Syamsuhailah Samsuri,
Engkaulah temanku
Engkaulah cahayaku
Engkaulah tonggak berdirinya aku
Saat aku terbenam ke dalam hitam
Saat aku tenggelam ke lautan dalam
Saat aku hilang dalam kelam
Kau menghampiri dan bersinar dengan terang
Kau mendekati, menarikku ke jalan pulang
Walaupun setiap detik akan berlalu
Nadi yang berdenyut akan terhenti
Matahari yang terang akan tenggelam
Tetapi cahayamu
Walaupun kian pudar di mata
Ia tetap terang dihati
Kerana kau SAHABATKU
Akan ku nanti saat pertemuan
Tatkala segala pengampunan diberikan
Dan kita diizinkan
Sekali lagi dipertemukan
Di Syurga Allah Azza Wajalla


2 comments:

  1. dah setahun kan mereka pergi...rasa macam semalam.....al fatihah untuk syam dan anif...

    ReplyDelete
  2. inna lillah wainna ilahi rojiun...
    Al-Fatihah.... (=____=,)

    -faris ibnu ridza-

    ReplyDelete

Winking Line Smiley