Dec 27, 2013

Throwback: Kiulu Camping Trip

Kucing lari-lari
Ruang tamu sayup suram
Sunyi
Semua balik cuti sambut krismas while me
Sendiri kat UCA2 ni dah 5 hari hahah
And terniat nak update blog bila nampak wallpaper laptop.
Camping Malangang, Kiulu.

On 16th or 17th of November mungkin, kami pergi camping ni, 3 hari 2 malam di Kem Malangang Kiulu.
Actually camping ni organized by student pendidikan, kami pulak dipanggil jadi fasilitator.
Pagi tu awal jugak sesiap sebab ada suara halus yang konon konon nak gerak lepas subuh.
Mm mm...sangatt...

And geng fasilitator, dalam 11 orang kalau tak silap, gerak sendiri dengan kereta.
Student lain semua dah gerak dengan bas since once diorang sampai, diorang terus pergi rafting.
So meet up semua depan rumah Zalie kat IP sementara tunggu YM Raja.


Kalau x silap sepatutnya tunggu YM sebab nak gerak sekali and nak sumbat lagi sorang kat kereta YM.
Heheh..tapi lapar punya pasal, 2 kereta ni gerak separuh jalan pergi breakfast kat Tombobon.
Dengan yang takde torchlight gi beli torchlight..aku..beli shieldtox.. :3
And then tunggu punya tunggu YM terus lalu sana, rush pergi kem. Kami pun macam blur kena tinggal..ciss

Sampai kem, semua student lain dah pergi rafting. Group kami lepak, rehat kejap sementara tunggu diorang balik. Dalam sejam then kena gerak pergi masuk hutan, buat hint untuk night trekking.


For god sake these guys are damn cool walaupun awal awal macam kekok nak sembang. Yelah. 3 orang senior. Yang aku tak pernah tegur pulak tu. Kalau pernah pun berapa patah perkataan..jela..kot.. -___-
Time masuk hutan tu memang la best, sampai satu tahap kami sesat *hahahahahh* sebab ada yang yakin haa tak salah jalan then entah sampai mana dah sesatnya.



Geng sesat.

Kesudahan, kami split cari jalan lain and the rest balik tapak camp. Ya Allah, penatnya tuhan jelah tahu bila tiba-tiba tengahari tu hujan so jalan tadi pun tak dapat guna. Lepas makan kat Pekan Tamparuli, balik lagi, masuk hutan lain pulak. Jam dah 5 petang. Maybe dekat pukul 6 sebab dah start gelap. 
Pergi tanda checkpoint, tebas rumput lalang kat jalan tu, then redah air, sawah padi, hutan, jambatan gantung. Yang bawak torch light okay la. Yang tak bawak kekdahnye nak raba kiri kanan.
Keluar dari sana, rehat kejap dalam setengah jam, diorang students aka cikgu-cikgu briefed dulu then kami gerak masuk balik pergi checkpoint masing masing. Checkpoint 1st, Mok kat kampung orang. 2nd Siew Yin dengan Shahrul, kat jalan nak masuk sawah. 3rd Patcey dengan Miza *ehem* kat betul betul depan sawah *seram sbb ada pondok sana* then 4th, Halim dengan Jeng, 5th, Zalie dengan Azhman and aku checkpoint last dengan brader Akie Akito. We suppose to wait dekat satu pondok orang tunggu durian luruh tapi ko paham jelaah amendenye malam malam nak lepak kat pondok tu, karang dari berdua jadi bertiga, berempat..so kami lari lepak atas jambatan gantung, dengan air Sungai Kiulu bapak luas kat bawah, lepak lepak dengar lagu, gossiping. Sesekali dua tiga ekor anjing lalu menyisip kat belakang tanpa sedar. Hahah. Gelabah aku kekdahnye jambatan goyang tetiba dengan takda angin. Rupanya hanjeng je tumpang lalu. Tgk2 dah ada kat belakang. Steady je kau kan.
Sambil sambil bosan tunggu, main walkie talkie, sampaikan ucapan raya la apa laa, lagu laa sampai habis bateri. Ambik. Checkpoint paling last paling ngantuk tunggu kot, yelah, group 1st masuk, dekat sejam baru sampai checkpoint 6. Tak ke gagah kau nak tongkat mata lepas seharian panjat sana sini.
Macam macam kerenah semuanya, sampai habis group, masing masing call, cari group 8. Ingatkan semua dah habis masuk hutan. Sekali satu group ni hilang dari checkpoint 5, while aku dengan Akie langsung tak nampak group tu datang checkpoint 6. Gelabah kejap diorang masuk hutan balik cari. Last last ada jugak tapi biar ah. Malas cerita diorg pi mana. Hahah. *bajet seram*
Malam tu aku expect tidur kat dalam tent tapi rezeki ah dapat guna bilik kat kafe, bukak aircond, pastu ndak ada sudah aku bangun sampai pagi. 


Sungai Kiulu

Second day, kumpul untuk orienteering. Satu group, 2 compass, 1 map. Tapi aku tau masing masing buta peta. Hahah. Yelah, lepas semua jarak2 tapi last kat jambatan semua group bertembung. Kami fasi masing masing ikut satu group. And paling best jugak masa kumpul tu, nak lintas jambatan gantung yang agak agak Wan Maimunah jugak la. Kena lintas 2-3 orang. Macam macam perangai. 

Pat: Nak teman?
Student: No never mind, I want to challenge myself.
Then end up sangkut tengah jambatan, nangis. *grin*

Lepas orienteering, balik lunch, dengan tak mandi, sekali lagi ready untuk aktiviti petang tu. 



Then malam aktiviti amende tah persembahan bagai aku tak ambil port -.- tunjuk muka sekejap then masuk tidur. Sebab malam tu pun dah rasa lain macam and i thought of ada terlanggar something or what sebab rasa seram sejuk and badan berat. Dalam hati duk pikir bukan bukan. Hahahah. Kat peha naik lebam 3-4 tempat besar besar. Padahal malam tu macam best. Bonding. Lepak sembang sembang, aku tidur. Hahah.
Esok pagi terpaksa balik awal 2 kereta sebab ada lab lagi tengahari. Join flying fox sedas terus jalan.











Sebelum night trekking




Right sebelum balik


Special thanks ribu riban kat Zalie sebab ajak join ni and seriously best since time tu tgh stress dengan macam macam hal. Thanks semua yang ada, YM Raja, Dr Anuar Din, and peserta time tu (walaupun annoyed dengan 2-3 orang) hahah. Rindu sebenarnya nii. Tskk. Okbai.

No comments:

Post a Comment

Winking Line Smiley