May 7, 2014

Angkuh.

Kau pikir kau sorang saja yang kenal dunia? Yang mana semua telunjuk kau acu, semua perlu berpaling seiring? Pergi mampus dengan ideologi yang kau cipta sendiri. Teruskan dongak angkuh teruskan acuh tak acuh. Condemn orang bersuara bila suara kau sendiri tidak terdengar oleh mereka. Keras menghina dari social media padahal muka kau sorokkan mungkin risau ditampar serta merta jika didepan muka. Kasihan. Kau mau cari nama, bagitahu sahaja. Jangan dabik dada cuba jadi attention seeker sana. Pikir kau hebat? Cuba pandang ke bawah, kau pijak apa? Tanah. Tinggi mana kau pergi yang kau rasakan kau lebih selayaknya bersuara tentang kami? Kita sama sama berpijak atas bumi, manusia. Kau bukan malaikat. Kami juga bukan. Maka apa yang membuatkan tinggi kita beda? Pergi mampus, bangsat.


Kalau mampu, bila jadi jenazah nanti mohon kau bergolek ke kuburmu sendiri.


P/S: Mohon tunjukkan muka di dunia nyata. Aku mau hadiahkan kau sebegini rupa.

.







May 2, 2014

Haiku Hancur.

Mustahil bila
Harap mimpi jadi nyata
Eh, siapa kata?

Mimpi dejavu
Cuma aku yang tahu
Pernah berlaku

Isi mimpi aku
Dengan senyum tawamu
Aku bahagia

It’s just a dream
Don’t let it drag you into
A sleepy head

Bila kau bangun
Semuanya dah berubah
Kau bukan kau

Kerana mimpi
Kau jadi pendusta
Pendusta realiti

Fikir ia benar
Hanya sekadar mimpi

Kekal mimpi

Haiku.

Haiku. Terus terusan haiku. 
Entah dari cabang mana yang aku mula gilakan.
Dari pencinta pencinta puisi di twitter, buat aku tak keruan.
Apa haiku ni? 
Google. Hashtag. Macam orang hilang anak. 
Sampai dapat jawapan. Haiku. Micropoetry.
Cabang puisi dari negara matahari terbit yang diadaptasi.
17 suku kata. 5-7-5.
Satu persatu aku cuba sampai hasilnya aku puas. 
Ya. Mungkin puisi sebenarnya yang aku cinta. 

Apr 24, 2014

Bayang

Aku senyum
Bila kau buat aku tersenyum

Aku ketawa
Bila kau buat jenaka

Aku sedih
Bila kau juga rasa duka

Aku menangis
Kerana aku kau terluka

Aku buntu
Bila kau hilang dari mata

Kenapa muncul kau sementara?
Kenapa?

Aku terkesan dengan bayang kau di segenap peta minda
Bila setiap jejak kita cuma tinggal bayangan semata

Rindu.

Aku tahu semuanya terlalu singkat.
Dan aku juga tahu.
Banyak silap aku pada kau.

Tapi aku juga mau kau tahu.
Aku rindu kau.
Baw.

Kau.

Suara kau.
Masih yang aku dengar paling indah.

Wajah kau.
Masih yang aku lihat paling indah.

Mata kau.
Mata yang masih aku pandang paling indah.

Senyum kau.
Masih senyum yang bisa gegar aku jadi gundah.

Kau.
Manusia terindah.

Bagi aku. 
Paling indah.

#HZL

Jan 27, 2014

Cerita Kenduri Part I

As salam

Terniat malam ni nak buat entry baru since beberapa hari lalu lagi aku dah hilang tempat aku bercerita daily. Hahah.

Jadi segala cerita terkumpul then aku ceritakan kat sini. Dari tengah pack goodie bag tadi lagi aku dah pikir apa natang nak masukkan dalam entry kali ni.

Tadi macam banyak sesangat. Sekali bukak lappy, terus blur, tak tau nak start dari mana. -______-

Solemnization in less than a week.

Ciss ayat la solemnization. Kenduri kendara kecil kecilan jelah sempena perkahwinan abang aku.

And kali ni masih kekalkan adat merewang atau gotong royong.

Haritu pun dah bincang antara Mak dengan Najib. Either nak ambik servis caterer atau gotong royong.

Kalau ikutkan Yus, better catering sebab lagi senang katanya.

Memang la senang sebab semua orang sedia. Hang pulak sedia duit dengan ruang ja.

Tapi dah jadi kebiasaan kat kampung ni bila kenduri, buat gotong royong.

Apatah lagi geng geng muda belia n pakcik makciknya sedia membantu.

Sememang memangnya bila ada kenduri, sehari sebelum kenduri lagi sampai esoknya diorang dah ada.

Nak cerita sikit pasal kenduri kat sini. Seronok.

Kebanyakan tempat memang la ada segala jenis tol sebelum pengantin masuk rumah kan. Tempat kami lain sikit rasanya dari tempat lain dari yang aku pernah dengar.

Ada yang kena naik Kubota, basikal roda tiga, naik motor, macam macam. Silap silap ada yang dah naik mesin padi. Tah pernah ke tidak dibuat orang. Semuanya cuma bekas pengantin yang pernah rasa.

Kalau duuuullu punya, diorang letak batang pinang melintang parit depan rumah. Anyone boleh challenge lintas batang pinang tu. Gila kau dengan licin, kecik lagi. Tapi seronok.

Sekarang dah tak dibuat orang. Jadi medium hiburan lebih kearah membuli pengantin. Macam tadi naik macam macam. Then kena jemur tengah panas lagi. Kena bagi minum air garam, air belacan, air terlajak gula, ikut kreativiti bebudak muda kat sini.

Yang pasti, time tu anak anak muda kampong ni akan berkumpul ramai ramai buli pengantin. Berpeluh peluh, cayaqq mekap dibuatnya pengantin tu.

Ada yang nakal sikit balut kotak berlambak2 pastu suruh pengantin bukak. Yang nakal lebih sikit, bagi pengantin minum tongkat ali sama kacip kak timahh. Hahah. Jangan Tanya kenapa.

Yang paling aku yakin, kenduri Najib nanti mesti kena buli habis habisan since dia la jugak yang kuat buli pengantin kat kampung ni sebelum ni. Ambik. Karma tu karma. Ahhahaha.

Ok habis. Gotong royong tadi…

Bila buat gotong royong ni, lagi kerap orang kampung datang rumah. Untuk mesyuarat lauk, pacak balai, kukus pulut, kenduri, and roboh balai.

Nahh. 5 benda, 5 hari. And biasanya jugak tiap kali semua tu, kita sediakan makan makan walaupun sikit.

Macam malam semalam mesyuarat lauk. Yelah. Kenduri gotong royong, takkan dengan magisnya tiba tiba semua tau nak masak apa kan.

Jadi orang orang yang lebih tua, lelaki semua dalam 30-40 orang, maybe kurang, datang and bincang tentang lauk pauk, then list down barang barang yang nak kena beli, dari sekecik kecik garam sampailah sebesar besar natang yang entah apa lagi.

Al kisahnya mesyuarat lauk semalam, sabtu. Masa tu Cuma aku, Acap, Mak dengan Abah kat rumah.

Dah tengahari tapi belum plan apa apa. Jadi Mak cakap, kita buat malam ahad, yang sepatutnya malam ni.

But then Abang Li balik and bagitau diorang dah cuti, Najib dengan wife dia pun nak balik dah.

Aku pandang Mak. Mak pandang aku balik. Aku angkat kening. Then Mak cakap, okay kita buat malam ni. Kahh. Time tu dah pukul 2 lebihh. Bahan apa pun takda.

Mak nak buat bihun sup. Abang Li nak mee sanggul. Angah Pahang cakap buat mee kari. Then undi seterusnya aku sokong mak. Hahahh.

Jadi ceritanya kemas kemas rumah sikit then dalam jam 4 jalan gi beli segala bahan nak masak nanti malam. Aku, Mak, Abang Li, and the three lil musketeer yang gila mamp nakal kat sana. Sambil tolak troli, nak kena tengokkan bertiga budak kecik tu.  -______-

Bihun, ayam, kentang, sayur, sampailah ke sudu, besen dan segala bagai beli masa tu jugak.

Mak memang kadang kadang tak plan nak beli pun tapi dah nampak depan mata… Takpa, aku perempuan, aku paham jugak. Kah.

Dalam jam 7 lebih baru sampai rumah, terus punggah semua. Abah pun baru balik dari bagitau orang kampung.

Sampai rumah, dah ada Najib dengan Zati kemas kemas rumah. Kat dapur ada tok ngah dengan tok jawa hiris bawang. Awal lagi depa prepare barang2.

Terus ambik ayam, cuci. Abang Li panaskan air seperiuk besar, masak ayam, jadikan sup. Bihun pun baru rendam. Jam 8 malam dah. Baru start keluarkan pinggan mangkuk dari cabinet. Jug, cawan dan segala mak nenek dalam sana. Sambil cuci itu ini, berkejar lagi pergi sana sini. Stress. Haha.

Time tu jugaklah orang dah start datang. Jemputan lelaki, tapi makcik makcik yang sekitar rumah ni pun paham jugak dah jadi diorang pun datang jugak tolong tolong.

Settle bincang semua plus doa selamat lagi dalam jam 10 then terus hidangkan bihun sup. Pas habis tu tau lah lotihnya pulak kemas kemas. -___-

Habis cerita mesyuarat lauk. Siang tadi busykan diri menyibuk kat dapur, masak masak. Takdak la masak apa sangat tapi ada la jugak hasilnya. Then Mak suruh buat amenda tah, aku masuk bilik just nak tgk notification kat hp, ended up terlelap sebelah Acap.

Aku dapat bayangkan betapa panasnya hati Mak time tu. :3

Petang tadi semua buat hal sendiri. Aku bawak Mak pi rumah rumah sepupu Mak nun jauhh disana. Mohon imagine jauhnya. Sangat. -_____-

Semuanya sebab Mak nak jemput kenduri and bagi kad terus dari tangan. Secara tidak langsung dapat la kenal kenal saudara.

Lagipun Mak selalu pesan, bila dia dah takda setidak tidaknya aku tau siapa yang aku kena bagitau. Setidak tidaknya bila diorang datang rumah dan mak dah takda, aku kenal. :’)

Sempat jumpa cikgu Taufik tadi kat rumah Along Siah. Anak dia pun dah besar. Dan first time juga jumpa wife dia sebab masa dia kawin dulu aku kat Sabah.

Balik dari bawak Mak, terus hadap goodie bag. Masukkan apa yang ada. Hasilnya, dapatla 2-3 ratus bag malam ni. Besok sambung lagi.



Apa apa pun aku tak boleh biar duduk sorang sorang tak buat kerja. Sebab kepala otak aku ni macam dah set, bila duk camtu terus teringat sesuatu. Ahhh. Rindu.

Banyak sebenarnya plan nak masukkan dalam entry ni tapi tetiba hilang satu persatu. Kahh.


Maybe next entry aku akan cerita sikit pasal merewang kat tempat ni. Yang pasti, memang best.

Till then, Assalamualaikum. :)

Jan 24, 2014

Rasa.

Kadang kadang, perasaan ini membawa aku jauh terperosok dalam jurang yang terlalu dalam.
Lebih dalam dari Jurang Marina, mungkin?

Kaki aku terlalu kebas untuk berjalan lagi
Kerana tangan yang memaut aku telah berlalu pergi

Tinggal hati usang, tak berpenghuni.
Tiada rasa.
Kebas semua.

Pujuk hati, terima.
Kerana ianya salah aku.
Salah aku.
Winking Line Smiley