Jan 22, 2014
Jan 21, 2014
Sri Gandus
Entry hari ni berkenaan makanan. Selalu sangat berkenaan
hati. Kali ni untuk perut pulak.
Have you ever heard of kuih Sri Gandus?
Tiap kali balik, tak kisahla, even dari dulu lagi kalau
pergi pasar malam Kuala Kurau atau Tanjung Piandang, ni antara pilihan wajib.
Sampai rumah tadi terus Whatsapp gambar kat group and none
of them pernah makan kuih Sri Gandus.
Aku pun tak pasti either tempat lain ada sebab time kat mana
entah, ada orang belikan kuih, sebijik macam seri gandus tapi rasa macam apam
biasa.
This sri gandus, susah nak describe macam mana rasanya.
Maybe next time kena jumpa sendiri orang yang buat tu dan tanya.
Cuma yang aku dapat bagitau, kuih tu dari tepung, ada telur
(maybe), gula, and ada macam puree nenas (maybe jugakk) sebab kasar2, filling
pulak dari jem nenas. Sedap!
Sri Gandus
And kalau orang kat sekitar Parit Buntar ni mesti familiar dengan burger Khurasan, inti daging cincang, pastu wrapped dalam kulit popia.
Pakcik pemilik perniagaan burger tu tersangat la ramah and
baik. Biasanya kalau sekali orang beli, mesti akan datang lagi.
Kadang kadang bila datang kena queue sebab ramai betul.Tadi
pergi tak sempat nak beli since pakcik tu tinggalkan sekejap, pergi solat.
And kalau ada yang biasa pergi pasar malam yang pakcik ni
niaga, mesti akan perasan, tiap kali masuk waktu solat, pakcik dgn anak dia
akan tinggalkan gerai sekejap and terus pergi solat.
Once ada kawan aku tanya, tak takut ke tinggal semua barang
barang. – Allah kan ada. Hmm.
So for those yang berdekatan and tak pernah rasa, Sri Gandus
ni aku recommend sesangat.
Tempat lain tak pasti sangat tapi aku biasa beli kat pasar
malam Kuala Kurau, Parit Buntar dengan
Tanjung Piandang. Pasar malam Batu 5, Bagan Serai dengan Simpang 9 tak pasti pulak.
Jan 20, 2014
Setia
Ada ketikanya
Matahari tidak berpihak kepada kita
Ada ketikanya
Bulan sembunyi sinar dari pandangan mata
Ada ketikanya
Awan menyorokkan cahaya tinggal kita gelita
Matahari, bulan, awan
Sebenarnya tidak pernah meninggalkan kita
Matahari, bulan, awan
Mungkin sesuatu yang paling setia
Setiap kali terbuka mata
Matahari, bulan, awan
‘Malaysia Book of Records; Longest Distance Run On A Treadmill By A Group’ sempena ulang tahun UMS ke-20.
Sempena Ulang Tahun UMS ke-20, Program Sains Sukan, Sekolah
Pendidikan dan Pembangunan Sosial, Universiti Malaysia Sabah akan (sedang)
menganjurkan program Malaysia Book of Records; Longest Distance Run On A
Treadmill By A Group sebagai satu usaha UMS untuk Malaysia mencipta satu rekod
baru dalam Malaysia Book of Record. Program ini diadakan selama sepuluh hari
bermula dari hari ini sehingga 31 Januari 2014.
Okay program ni under program yang aku ikut sekarang, Sains
Sukan. And most of them yang terlibat, pensyarah, seniors dan coursemates aku
jugak.
Lokasi kejadian *macam kes bunuh* di 1Borneo Hypermall,
kalau masuk kat main entrance tu, terus jumpak.
Jam 4.35 pm tadi larian dimulakan oleh si palek Abner Moilie
and bakal diteruskan oleh senior Pang Tsun Kuo aka Susan. Haha.
Diorang akan lari dalam 2 jam setiap seorang then
bergilir-gilir sampailah 31hb nanti. Pehh.
Ohh and pelari ada 9 orang so akan
bertukar tukar seorang demi seorang. Sounds tiring kan?
And of course, Abner stole the limelight gitew since dia
mewakili pelajar berkelainan berupaya dalam larian ni.
Apa-apa pun, good luck semua, Dr. Dayang, Miss Steph, Laura,
Akie, Iswara, Zaty, petugas-petugas lain, runners dan semua yang terlibat. Bah aarmaitiii kita pigi 1B!
Psstt: Kesian miss ehemmm dari bahagian makanan, cirit birit
katanya. HAHAHA.
20 Januari, 5.40 pm.
Jan 15, 2014
Farewell
Bid our last farewell semalam.
Kunun bilang urang Sabah. Ciss.
Bukan last. Harap harap bukan last.
InsyaAllah. :)
Semoga jumpa lagi.
Jaga diri selalu.
Salam sayang, Izzany.
Yang kilik sikit tu.
Jan 9, 2014
Menemui Kakakku, Aspalila.
Setiap kali tersebut nama kakak dalam kediaman kami, abah,
mak, membisu. Tak macam dulu.
Bulan januari, semua serba tahu, hari lahir kakak. Satu
satunya kakak bagi aku dan Najib. Amirul dan Anis mungkin tak terasa, sebab
masa semua dulu terjadi, keduanya masih anak kecil yang cuma bisa bertanya, “Mana
Kak Jan?”
11 tahun dah berlalu. Entahkan dihanyut tsunami kata mak
dulu sambil berseloroh. Aku tahu dalam hati mak pilu, menutup resah dengan
tawa, dibuat buat. Abah pula sembunyi semua. Ada masa dengan bengisnya, ada
masa dengan telatah lucu. Juga aku tahu, abah sembunyi semua saat sendiri, atau
saat berdua dengan mak. Aku terdengar satu masa dulu.
Rindu.
Semuanya rindu. Usia Najib hampir mencecah 27, yang dulunya
kakak tinggalkan dia usia belasan tahun, rebellious. Kini dia juga sudah punya
isteri. Najib yang kadang kala aku lihat bengis, ada masanya juga dia jatuh
tertewas akibat rasa rindu, kerana kakak yang paling rapat dengan Najib dulu.
“Kakak, majlis kahwin Najib 2 Februari, Najib nak sangat
kakak ada masa majlis tu.”
Aku, tahun ini berusia 22. 11 tahun yang lalu aku cuma darjah
5. Boleh juga berfikir mana perginya kakak, hilang tiba-tiba. Ada masanya aku
juga tercari-cari, aku soalkan pada abah dan mak, “Kak Jan pi mana mak, abah?”
Riak wajah mereka berubah.
Aku sendiri jauh membawa diri. Dari Parit Tok Kip, sehingga
sekarang di Kota Kinabalu, masih belum dengar berita. Ada masanya bila aku
duduk sendiri aku terkenangkan hari kakak di rumah.
Abah amanahkan pada aku, “Kakak, tengokkan Kak Jan.” Aku
angguk perlahan. Aku juga tak mahu kakak jauh dari kami. Kakak pujuk aku, “Tolong
bagi aku pergi.” Aku menggeleng laju dengan air mata berjurai di pipi. “Kak Jan
nak pi mana?”
Waktu itu kami di beranda rumah, di atas. Kak Jan pujuk aku
lagi.
“Nurul, ambilkan Kak Jan air sejuk. Dahaga.” Aku tanpa syak
wasangka turun ke dapur, ambilkan air, kalau itu yang kakak mahu. Kembali aku
ke beranda, Kak Jan, dengan beg berisi pakaian yang dia cuba bawa pergi tadi,
hilang.
Aku…khianat amanah abah…
Kakak ingat Amirul? Yang dulunya waktu majlis kahwin Abang
Li, dilanggar kereta dan dengan selambanya dia masuk ke rumah, “Mak, adik kena
langgar kereta.” Usianya 18 tahun kini. Rambut panjang, biasa aku marah. Rimas.
Kakak, Amirul lebih tinggi dari aku, dari Najib. Mungkin genetik Atok Jawa dan
Atok Laki di Telok Pial pada dia. Tinggi lampai.
Kakak ingat Anis? Dulu kakak belikan Anis banyak baju, comel
comel. Aku cemburu. Pelbagai jenis fesyen, corak harimau, polka dot, gaun.
Sekarang umur Anis 17 tahun. Dia juga hampir sama besarnya dengan aku. Lebih
pandai dari kita semua.
Kakak, Anis sekarang di Pahang. MRSM TAR. Anak perempuan mak
semuanya jauh. Kakak baliklah, teman mak dirumah. Tahukah, aku dengan Anis,
sekarang tidak mustahil untuk berkongsi pakaian. Betapa dia membesar sekarang.
Yang dulunya kakak tinggalkan, cuma pandai bermain, berlari. Kecil lagi.
Mungkin jika kalian berdiri bersebelahan, orang akan sangka dia kakakmu.
Kakak ingat Yus kan. Hari perkahwinan Yus, kakak ada. Aku
simpan gambar masa majlis bertandang. Ada gambar kakak. Aku tunjuk pada mak. Mak
tersenyum pahit. Yus sekarang punya anak dua, sama Abang Li. Nur Qamarina dan
Firdaus. Pernah sesekali mereka bertanya, “Mak Lang macam mana?” Mereka
tanyakan aku tentang kakak. Aku ceritakan, kakak rendah, kecil, tahi lalat di
bibir, rambut panjang hingga pinggang. Pandai kedua mereka. Kakak belum pernah
jumpa kan?
Kakak, inilah dia, Nina dan Firdaus. Pintar, dan ada masanya sangat manja.
Dan Abang Li, Kak Yani, Alif dan Ikin. Alif masih ingat pada
kakak. Dulu kan kakak manjakan Alif. Alif juga membesar, rasanya tingkatan dua,
mungkin tiga. Anak saudara kita. Empat semuanya. Mungkin sikit masa lagi lima.
Kak Jan. Mak dan abah dah tua. Buangkan dendam, sedih, benci
dulu. Walaupun pemergian kakak disebabkan orang orang tertentu, harapnya kakak
pulih dan ingat kembali pada kami.
Tak ada yang berganjak menjauh pergi dari
terus berharap kakak kembali.
Kami yang makin dewasa, masih abang, kakak dan adikmu yang
sama kakak tinggalkan dulu. Masih sama.
Selamat ulang tahun kelahiran, Aspalila binti Ismail.
Selagi mampu kami cari, kami cari.
Selagi mampu kami tunggu, kami tunggu.
Tak ada seinci dari hati tergerak untuk berganjak pergi.
Moga Allah pelihara kita semua, dalam dakapan Dia. Temukan
kita lagi.
Juga, pulanglah sebelum mak dan abah menutup mata.
Moga Allah panjangkan jodoh kita semua ya.
Adikmu yang tomboi dan comot dahulu,
Nurul Izzany binti Ismail.
Jan 8, 2014
Mati
Aku
Mahu
MATI
----------
Ya..Matikan rasa buntu ini...
Rasa resah ini...
Mahu
MATI
----------
Ya..Matikan rasa buntu ini...
Rasa resah ini...
Jan 7, 2014
Tercari-cari
7 Januari 2014; 9:36 pm
Sebaik terlintas, terus buka laptop, dan bammm here I am.
Entah kenapa, fikiran aku buntu, sangat sangat.
Semuanya kerana malas study, sibuk dengan phone, scroll sana
sini.
Blogwalking…kemudian aku jumpa ssesuatu…
--- Pause
Seketika masuk notification Whatsapp.
“Hai jiran…share password wifi.”
Tercetus tawa saat aku baca. Lantas aku reply, “jiran
refuse..maaf.”
Esok sehari free kejap then paper Penilaian dan Pengukuran
Sains Sukan.
Dan paper semalam, Fisiologi Senam sangat sangat sangat
merentap hati dan jiwa. Sobs.
To be honest semalam punya semalam aku tak study pun. Well ada study sikit, tapi tengoklah..
Sambil tu berchat sampai jam 2-3 pagi, tidur. Bangun pukul 6 semata
mata kerana sesuatu, then aku sambung tidur.
“I tidur kejap sementara Pat belum bangun.” Konon lah kan.
Aku bahasakan diri pada dia, I. Macam kerek pulak rasanya. Haha.
Kalau ikutkan Sabah dah cerah dah tapi entah, tak terjaga
sesudah tu. Subuh pun entah kemana.
Jam 10 aku buka mata, cahaya matahari suram disebalik
langsir. Aku pandang kiri kanan. Sunyi.
Mengucap panjang. Jauh terbabas dah
rasanya.
Lantas dengan mata macam apek cina, aku tarik laptop, buka
nota. Jam 2 start exam. Sesekali si Budak Oren (panggilan kami kepada kucing di
rumah) menjengah, duduk atas laptop.
Jenis aku bila aku moody, memang aku halau, tak pun jentik
je telinga kucing ni. Tapi entahlah, mungkin mengantuk. Aku biarkan dulu.
Kemudian perlahan lahan, aku pun ikut hilang. HAHA.
Aku buka mata. Terus mengerling pada Patcey, baru selesai
mandi. Aku sorotkan pandangan kearah jam. YA ALLAH. Seriously?! Jam 12
tengahari. Lagi 2 jam paper fisio. Gila, gila.
“Jalan jam 1?” soal aku pada Pat.
Pat mengangguk. Ada sedikit yang kami bualkan. Entah, aku
lupa.
Lain macam pulak semalam, terlalu mengantuk, terlalu penat.
Padahal takda urusan apa pun.
Mungkin sebab Kopiko L.A yang aku bancuh malam tu, 2 paket
dalam satu gelas, sesangat kick, tapi gagal. Aku pejam jugak. Kena saman
diorang ni! Haha.
Dan jam 12 tu jugaklah aku buat revision balik, pasal
circulatory system, pH, nervous system, calculation. Dalam masa sejam! And aku
rasa macam bodoh sangat time tu sebab tertidur lama.
Nak menyesal pun, gila dah last minute sesangat dah tu.
Setakat mana yang mampu jelah, siap siap then terus pergi UMS.
Keluar dari dewan exam. Terus capai phone. Notification
Whatsapp. Dan aku tersenyum bahagia.
“Pakai jubah hitam kan. Tudung hijau kan.”
--- Stop
Berbalik kepada tadi, masa blogwalking, aku terjumpa satu
blog. Kisah hidup seseorang. Yang asalnya aku fikirkan senang.
Tidak.
Aku silap.
Wanita, dengan hati, jiwa besar. Yang berkorban masa dan
tenaga untuk keluarga.
Dan hebatnya, setiap bait cerita dia, aku menitis air mata.
Terlalu hebat.
--- sedang aku masih berbaring, buka FB, Twitter, Insta. Tak
kemana pun hidup macam ni.
Hebat.
Entah. Mungkin 50 kali kot aku nak sebut ni. Hebat. Sangat
sangat hebat bagi seorang wanita muda macam dia. Semuanya bergantung atas diri
sendiri.
---
Tinggal 4 paper lagi.
· Penulisan Kreatif – Paper PPIB yang mana paling
aku gemar sebab assignment melibatkan puisi, cerpen. Dan aku rasa ada jiwa
dalam subjek tu, kecuali exam. Haha.
· Mandarin – Paper yang aku kurang berminat. Bukan
sebab aku tak suka, no. Orang pesan jangan sakit hati dengan ilmu. Aku ingat.
Cuma kurang berminat. Yelah, memanjang ponteng kelas, lepas tu padan muka bila
masuk kelas lagi, macam macam ketinggalan.
· Testing and Measurement – Paper sains sukan. Ni
hat ni la hat lusa esok ni dan aku dengan megahnya duduk update blog dekat sini
belum study. *facepalm*
·
PR – Paper public relation Dr. Nizam. Juga paper
wajib sains sukan.
Ohya tadi abah called.
“Kakak bila balik?” Abah bahasakan aku kakak. Sometimes
Nurul. Mm mm.
“Taktau lagi abah. Belum book tiket. Taktau nak balik bila.
Tak balik kot.” Jawab aku berseloroh.
“Tak payahla balik.”
balas abah seakan akan menampar mental aku. Hahaha.
Memang aku belum decide bila nak balik. Kalau sebelum ni
bukan main lagi book tiket flight awal awal sebelum cuti semester.
Sebab aku sendiri pun blur bila nak balik. Haha. Benda
senang pun kadang kadang aku bagi jadi susah.
And salah satu perkara yang membelenggu otak aku sekarang,
cara penulisan aku. Macam hilang identity. NO. Macam tak pernah ada gaya
tersendiri. Semuanya dari perbualan ‘kami’ semalam. Aku seakan akan terikut
dari seorang ke seorang. Dan aku tersedar, mungkin itu kehilangan yang aku rasa
sekarang. IDENTITI.
--- bagi aku satu minit. Aku rasa macam lost sesangat. Haha.
Abang aku dah nikah. Dan balik kali ni pun sebab buat
solemnization dia. Patcey akan ikut aku balik semenanjung.
Entah kemana jugak aku nak bawak Pat sepanjang 10 hari kat
sana. Sebab biasanya aku bukan ada masa berkualiti pun kalau kat rumah. Bangun
pagi, bukak tv, masak, makan, nap, tv lagi, online, tidur.
Asalnya memang ada plan tapi entahlah, mungkin dah tak dapat
teruskan. MUngkin aku bawak dia pancing puyu je kot. Makan pulut durian, jalan
pb. Teroka pasar malam yang aku suka. Makan char kuetiau Omaq. Mandi parit,
tarik lembu. Haha.
Mataku melirik pada iPad. Aku terkenangkan seseorang. Ya.
Seseorang yang aku perlu jumpa dan pohon maaf. Maaf aku kerana telah banyak
menyusahkan dia. Yes you know who you are.
Cukuplah. Banyak sebenarnya cerita nak keluar dari kepala
ni. Tapi jari jemari seakan taknak bagi chance sebab otak balik balik mention
‘study, study’.
Sambil tu tunggu tuan librarian tolong susunkan semua benda
yang berserabut dalam otak. File file memory yang tak kemas.
Makin lama aku makin kuat merepek kan? Hahaha.
Good luck Energizers, Athlitismos, dan yang seangkatan dalam
final exam.
Semoga kita bertemu lagi sem depan tanpa perlu repeat
sebarang paper, AMIN.
Dan aku, mahu terus mencari IDENTITI. Semoga ‘kita’ ketemu
ya. :’)
Assalamualaikum.
Nurul Izzany Ismail, 7 Januari 2014.
Monolog 2 Jiwa
“Aku nak sayang kau. Aku nak jaga kau.”
“Kau tak kenal aku.”
“Mungkin aku kenal lebih dari yang kau tahu.”
“Aku dulunya perempuan celaka yang habiskan malam tersisa dengan dosa.”
“Apa kau fikir aku peduli dengan masa lampau kau? Aku tidak dilahirkan untuk terus hidup pada masa lalu.”
“Kau lelaki gila pernah aku jumpa.”
“Gila ini juga mungkin disebabkan rasa cinta.”
“Kau juga pentingkan diri.”
“Aku letih melihat kau dari jauh bersendiri.”
“Apa?”
“Setahun ini aku pandang kau sahaja. Aku belajar mengenai kau. Aku belajar semua tentang kau.”
“Kan aku bilang. Kau gila.”
“Sebab kau.”
“Kenapa aku?”
“Kau tahu jodoh?”
“Aku bukan jodoh kau.”
“Kau yakin?”
--- Diam.
“Apa kau yakin kau bukan jodoh aku?”
“Tapi jodoh itu rahsia.”
“Jadi kau mahu tunggu sampai kau tahu siapa jodoh kau? Bagaimana jika ianya aku?”
--- Diam.
“Jangan buang masa aku. Aku tak peduli siapa engkau semalam. Aku mahu engkau untuk hari esok dan
seterusnya. Aku akan jadikan kau wanita paling bahagia, aku janji.”
“Jangan berjanji. Kalau kau rasa ianya sukar untuk kau tepati. Mana kau tahu aku akan bahagia?”
“Ada kau dengar ragu dalam kata-kata aku? Sedangkan kau sendiri yang ragu.”
--- Diam. Membatu.
“Tapi aku tak kenal kau.”
“Jadi satu masalah jika kau tidak kenal aku?”
“Iya..”
“Jadi aku mahukan masa depan kau, untuk aku perkenalkan diri aku, satu persatu.”
“Mengapa perlu aku percayakan kau?”
“Sebab sepenuh kepercayaan aku letakkan pada hari ini, saat ini.”
“Apa kau mahu?”
“Jadi isteri aku.”
“Aku tidak mahu hidup susah.”
“Aku punya hati yang mewah. Dengan kasih sayang.”
“Ianya takkan bawa bahagia.”
“Kolot.”
“Kau yang kolot.”
“Aku pilih kau dari istikharah. Apa Tuhan menipu aku? Aku bilang pada Tuhan, aku akan bahagiakan kau. Maka Tuhan tunjukkan kau pada aku, apa Tuhan menipu? Kata Tuhan, kahwin kalau kau mahu bahagia, apa Tuhan juga menipu?”
--- Diam. Sunyi.
FJ, TH.
7 Januari.
“Kau tak kenal aku.”
“Mungkin aku kenal lebih dari yang kau tahu.”
“Aku dulunya perempuan celaka yang habiskan malam tersisa dengan dosa.”
“Apa kau fikir aku peduli dengan masa lampau kau? Aku tidak dilahirkan untuk terus hidup pada masa lalu.”
“Kau lelaki gila pernah aku jumpa.”
“Gila ini juga mungkin disebabkan rasa cinta.”
“Kau juga pentingkan diri.”
“Aku letih melihat kau dari jauh bersendiri.”
“Apa?”
“Setahun ini aku pandang kau sahaja. Aku belajar mengenai kau. Aku belajar semua tentang kau.”
“Kan aku bilang. Kau gila.”
“Sebab kau.”
“Kenapa aku?”
“Kau tahu jodoh?”
“Aku bukan jodoh kau.”
“Kau yakin?”
--- Diam.
“Apa kau yakin kau bukan jodoh aku?”
“Tapi jodoh itu rahsia.”
“Jadi kau mahu tunggu sampai kau tahu siapa jodoh kau? Bagaimana jika ianya aku?”
--- Diam.
“Jangan buang masa aku. Aku tak peduli siapa engkau semalam. Aku mahu engkau untuk hari esok dan
seterusnya. Aku akan jadikan kau wanita paling bahagia, aku janji.”
“Jangan berjanji. Kalau kau rasa ianya sukar untuk kau tepati. Mana kau tahu aku akan bahagia?”
“Ada kau dengar ragu dalam kata-kata aku? Sedangkan kau sendiri yang ragu.”
--- Diam. Membatu.
“Tapi aku tak kenal kau.”
“Jadi satu masalah jika kau tidak kenal aku?”
“Iya..”
“Jadi aku mahukan masa depan kau, untuk aku perkenalkan diri aku, satu persatu.”
“Mengapa perlu aku percayakan kau?”
“Sebab sepenuh kepercayaan aku letakkan pada hari ini, saat ini.”
“Apa kau mahu?”
“Jadi isteri aku.”
“Aku tidak mahu hidup susah.”
“Aku punya hati yang mewah. Dengan kasih sayang.”
“Ianya takkan bawa bahagia.”
“Kolot.”
“Kau yang kolot.”
“Aku pilih kau dari istikharah. Apa Tuhan menipu aku? Aku bilang pada Tuhan, aku akan bahagiakan kau. Maka Tuhan tunjukkan kau pada aku, apa Tuhan menipu? Kata Tuhan, kahwin kalau kau mahu bahagia, apa Tuhan juga menipu?”
--- Diam. Sunyi.
FJ, TH.
7 Januari.
Jan 4, 2014
Subscribe to:
Posts (Atom)






