Jul 22, 2014

Jun 14, 2014

'Conversation Dua'

"Jangan bawa aku terbang tinggi, kalau tak mampu tahan aku dari jatuh."

" jika aku bawa kau terbang tinggi, kita akan sama2 di atas sana , kerna aku mampu "

"Hati aku tak sehebat kaca baru. Dah pecah beribu yg aku cantum semula. Walau betapa rendah, terhempas tetap pecah."

" yang pecah memang tak boleh cantum, jika di cantum pasti akan nampak jugak retak nya, aku tak mintak untuk cantum, aku hanya mintak sekeping hati baru, untuk aku hargai "

"Dah habis aku korban segala cebis yang ada. Hati dah mati. Tak ada lagi yang baru."

" hati tidak mati, hati masih ada, cuma hati itu telah lelah, lelah dengan penipuan, buanglah lah lelah itu, lelah itu menyakitkan "

"Kalau lah buang semua tu umpama semudah kita selak helaian buku baru. Kalau lah. Kalau."

" tidak mudah , tidak senang , tapi semua itu terletak pada diri sendiri, awak yang pilih, rasa apa yang awak nak , bangun lah, "

"Justeru apa yg aku pilih. Terus menipu diri yang aku dah tak mampu simpan rasa. Sakit."

" kenapa aku di sini? aku di sini untuk membawa kau pergi, jauh dari penipuan diri sendiri, aku yakin , aku mampu buat kau berubah "

"Satu benda yang aku rasa jelas kita perlu tahu. Jangan bagi harapan kedua kita."

" harapan tidak datang bila dicari, harapan datang sendiri bila hati mula menerima "

"Hakikatnya harapan tu lah punca dulunya kita. Hancur. Kecewa."

" itu hakikat, tapi tak semua harapan itu menjatuhkan kita, tak awak tak "

"Kalau tidak situasi kita bukan begini. Kalau tidak semua ni takkan pernah ada."

" awak, jika bukan kerna situasi lama, pasti kita akan terus leka, terus ditipu, bersyukur, kita dah lalui situasi itu lebih awal "

"Dan apa bezanya kalau cipta baru kalau kesudahannya ada kemungkinan untuk sama. Aku wanita yang insecure. Kau pula dikenali. Aku biasa sendiri sedangkan kau biasa berteman lagi. Lelaki dan wanita. Aku ingatkan lagi. Aku wanita yang insecure. Kau takkan suka."

" aku siapa? aku tidak di kenali, aku hanyalah sebuah boneka, jika kau mahu, aku sanggup buang, sebab apa? sebab aku mahu kau terbang tinggi bersama aku, aku akan buat insecure itu hilang "

"Kalau aku minta apa kau sanggup buang apa yang kau ada? "

" jika itu mampu buat kau terima , aku sanggup , tapi tolong, aku juga punya perasaan, hargai lah "

"Kekadang kalau kau nampak, kita saja beriya. Lelaki crush sini sana. Macam mana mau rasa percaya?"

" kadang2 kita rabun, kita tak nampak, itu semua gurauan, tiada apa2 yang lebih, jangan percaya dengan apa yg kita lihat jika kita tidak bertanya "

"Kekuatan tu dah tak wujud. Terlalu percaya tu dulu buat belakang aku robek ditikam tanpa belas. Yg ditinggal dia utk aku cuma kekuatan untuk bertahan dan menjauh."

" aku mahu jadi kekuatan mu, aku mahu jadi semangat untuk kau bangun, aku mahu kau percaya aku mampu, aku  mau mendekati aku, aku mahu semua itu "

"Apa kau yakin kau takkan biar aku jatuh?"

" aku yakin kerna aku juga pernah jatuh, aku jugak pernah sedih, aku jugak pernah menangis, dan aku tak akan buat kau rasa apa yang aku pernah rasa, aku dah penat dengan semua rasa itu, aku mahu bahagia macam orang lain, tapi aku mahu bahagia bersama kau "

"Manis. Tapi terlalu manis hinggakan semut sekecil aku bisa mati. Simpan harapan kita. Teruskan apa yang ada. "

" aku tidak manis, ini semua kata hati , datang dari dalam,  apa yang tersimpan ku luahkan, apa yang terkunci ku bukakan "

"Pujuklah hati aku kalau kau mampu."

" jika itu yg kau mintak, aku akan cuba, cuba hingga kau dipujuk "

Jun 3, 2014

Mimpi

Apa salah jika mau bermimpi?
Yang pejam mata itu aku.
Yang rasa juga aku.

May 28, 2014

Cerita Kahwin!

Tau tak perasaan bila salah sorang ahli keluarga nikah masa kita tengah jauh dan tak dapat balik? Sigh. Kena pulak time tu banyak urusan dan tarikh nikah tu pun diawalkan dari tawikh yang sepatutnya sebab tok tak bagi. Mkayyy.


Nikah on december. Masa ni memang tak balik aa ceritanya. Tup tup mak call cakap tok ubah tarikh nikah. Senyap jela.


Masuk kampung. Masa ni pulak aku tgh berkejar siapkan lauk utk hidang rombongan. I suppose to be there. T^T Once pengantin sampai ja terus riuh rendah semua masing-masing dengan rancangan sendiri.


Dia abang yang paling kuat aku cari pasal dari kecik. Hahahahahah.
Najib.


Satu cerita yang orang luar tak tau. Penduduk rakyat jelata kiri kanan depan belakang kat kampung ni semuanya sporting, gila-gila belaka. Pantang ada majlis kahwin, mesti ada adat-adat prank pengantin ni. Darjah kesukaran atau dia punya tahap hati kering tu terpulang aa macam mana nakalnya pengantin tu buat kat pengantin yang sebelumnya.
Tak kisahlah anak ketua kampung ka apa, semua kena. Pernah air garam, air yg macam air belacan, susu dalam botol susu pun ada. Macam-macam! Aku nanti entahlah. Ingat nak masuk ikut pintu belakang ja. Haha.


Buliiiii~


Pemancing tegar. Kira kenangan la ni.



Paling bertabiat ni depa buat. Hampar tikar tengah jalan orang duk lalu lalang. Tapi takpa. Orang kampung dah biasa kalau kenduri memang dah expect benda ni jadi so semua masing-masing memang naik moto ja.
Yang bestnya kena bagi makan suap menyuap kat tengah jalan. Yang kena payung cuma pengantin perempuan. Yang lelakinya berpeluh-peluh sampai tanggal make up. Eh.


Wajah-wajah yang confirm ada setiap kali kenduri kahwin. Ni lah geng pranksters kat Parit Tok Kip.
Bergiat aktif dari dulu sampai sekarang. -___-


Bertandang kat rumah kak Zati. Warna baju pengapit sesungguhnya lari tema. Dan dua-dua pengapit terjun yang decide malam sebelum bertandang. -_-


Nieces. 

Banyak lagi nak story sebenaqnya ni tapi gambar-gambar simpan kat tempat lain so ingat nanti nak bebel panjang-panjang, dengan gambaq banyak banyak sampai muntah lah.

Selamat pengantin tak berapa baharu, Najib. Moga kekal sampai bila-bila.

p/s: And congratulations, parents-to-be. Kehkehkeh.

From: Maktam to be. Banyaknya baby soon!

Entahlah.

"Tiap yang mematah tegakmu, tiap yang menolak, tiap yang memijak henyak, biar di belakangmu."

Aku belajar yang hidup, even diri sendiri pun, tak boleh dipercaya.
Sebab ada masa yang mematah hari kita, adalah diri kita sendiri.
Yang menyongsang apa yang seharusnya berlaku, ada kalanya kita juga.

Lantas apa yang perlu kita suaikan?
Melangkah pergi, dan biarkan.

Aku belajar yang hidup, kita sendiri pun tak apa.
Masih hidup. Yang hakikatnya kita bukan sendiri.

Maaf, dan memaafkan.
Sakit, memang sakit. Tapi hari ini akan jadi semalam.
Hari semalam tentunya tidak akan sama seperti hari ini.

Aku belajar yang hidup, bukan hanya kerana lelaki.
Melainkan bapa, dan saudara sendiri.

Tegak kita berdiri kerana mereka.
Untuk dibangga, untuk dimanja, untuk dijaga.
Bukan untuk lelaki yang tidak pandai menghargai.

Aku belajar yang hidup, bukan untuk membenci semata.
Terlalu banyak keindahan dunia yang perlu dicinta.

Langit biru, awan putih, pelangi indah.
Hujan, air, tanah.
Setiap jasad perlu jiwa dan nyawa dari rasa cinta.

Aku belajar yang hidup, bukan hanya di dunia.
Maka mohon, ajarkan aku berhenti mengejarnya.

Aku mau kita nanti bahagia sama-sama.
Tak kisahlah siapa. Asal bisa pimpin tangan setiap kita.
Ke tempat paling indah di dunia seterusnya.

Ukhwah fillah abadan abada. Moga diperkenan hendaknya.

"Tuhan jangan kau izin aku lupa, jangan kau biarkan aku mendepang dada. Pasakkan hatiku pada kaki, paksakan ku tunduk sehingga mati."


Dan gambar sama sekali tak punya kaitan. Hahaha.


May 7, 2014

Angkuh.

Kau pikir kau sorang saja yang kenal dunia? Yang mana semua telunjuk kau acu, semua perlu berpaling seiring? Pergi mampus dengan ideologi yang kau cipta sendiri. Teruskan dongak angkuh teruskan acuh tak acuh. Condemn orang bersuara bila suara kau sendiri tidak terdengar oleh mereka. Keras menghina dari social media padahal muka kau sorokkan mungkin risau ditampar serta merta jika didepan muka. Kasihan. Kau mau cari nama, bagitahu sahaja. Jangan dabik dada cuba jadi attention seeker sana. Pikir kau hebat? Cuba pandang ke bawah, kau pijak apa? Tanah. Tinggi mana kau pergi yang kau rasakan kau lebih selayaknya bersuara tentang kami? Kita sama sama berpijak atas bumi, manusia. Kau bukan malaikat. Kami juga bukan. Maka apa yang membuatkan tinggi kita beda? Pergi mampus, bangsat.


Kalau mampu, bila jadi jenazah nanti mohon kau bergolek ke kuburmu sendiri.


P/S: Mohon tunjukkan muka di dunia nyata. Aku mau hadiahkan kau sebegini rupa.

.







May 2, 2014

Haiku Hancur.

Mustahil bila
Harap mimpi jadi nyata
Eh, siapa kata?

Mimpi dejavu
Cuma aku yang tahu
Pernah berlaku

Isi mimpi aku
Dengan senyum tawamu
Aku bahagia

It’s just a dream
Don’t let it drag you into
A sleepy head

Bila kau bangun
Semuanya dah berubah
Kau bukan kau

Kerana mimpi
Kau jadi pendusta
Pendusta realiti

Fikir ia benar
Hanya sekadar mimpi

Kekal mimpi

Haiku.

Haiku. Terus terusan haiku. 
Entah dari cabang mana yang aku mula gilakan.
Dari pencinta pencinta puisi di twitter, buat aku tak keruan.
Apa haiku ni? 
Google. Hashtag. Macam orang hilang anak. 
Sampai dapat jawapan. Haiku. Micropoetry.
Cabang puisi dari negara matahari terbit yang diadaptasi.
17 suku kata. 5-7-5.
Satu persatu aku cuba sampai hasilnya aku puas. 
Ya. Mungkin puisi sebenarnya yang aku cinta. 

Apr 24, 2014

Bayang

Aku senyum
Bila kau buat aku tersenyum

Aku ketawa
Bila kau buat jenaka

Aku sedih
Bila kau juga rasa duka

Aku menangis
Kerana aku kau terluka

Aku buntu
Bila kau hilang dari mata

Kenapa muncul kau sementara?
Kenapa?

Aku terkesan dengan bayang kau di segenap peta minda
Bila setiap jejak kita cuma tinggal bayangan semata

Rindu.

Aku tahu semuanya terlalu singkat.
Dan aku juga tahu.
Banyak silap aku pada kau.

Tapi aku juga mau kau tahu.
Aku rindu kau.
Baw.

Kau.

Suara kau.
Masih yang aku dengar paling indah.

Wajah kau.
Masih yang aku lihat paling indah.

Mata kau.
Mata yang masih aku pandang paling indah.

Senyum kau.
Masih senyum yang bisa gegar aku jadi gundah.

Kau.
Manusia terindah.

Bagi aku. 
Paling indah.

#HZL

Jan 27, 2014

Cerita Kenduri Part I

As salam

Terniat malam ni nak buat entry baru since beberapa hari lalu lagi aku dah hilang tempat aku bercerita daily. Hahah.

Jadi segala cerita terkumpul then aku ceritakan kat sini. Dari tengah pack goodie bag tadi lagi aku dah pikir apa natang nak masukkan dalam entry kali ni.

Tadi macam banyak sesangat. Sekali bukak lappy, terus blur, tak tau nak start dari mana. -______-

Solemnization in less than a week.

Ciss ayat la solemnization. Kenduri kendara kecil kecilan jelah sempena perkahwinan abang aku.

And kali ni masih kekalkan adat merewang atau gotong royong.

Haritu pun dah bincang antara Mak dengan Najib. Either nak ambik servis caterer atau gotong royong.

Kalau ikutkan Yus, better catering sebab lagi senang katanya.

Memang la senang sebab semua orang sedia. Hang pulak sedia duit dengan ruang ja.

Tapi dah jadi kebiasaan kat kampung ni bila kenduri, buat gotong royong.

Apatah lagi geng geng muda belia n pakcik makciknya sedia membantu.

Sememang memangnya bila ada kenduri, sehari sebelum kenduri lagi sampai esoknya diorang dah ada.

Nak cerita sikit pasal kenduri kat sini. Seronok.

Kebanyakan tempat memang la ada segala jenis tol sebelum pengantin masuk rumah kan. Tempat kami lain sikit rasanya dari tempat lain dari yang aku pernah dengar.

Ada yang kena naik Kubota, basikal roda tiga, naik motor, macam macam. Silap silap ada yang dah naik mesin padi. Tah pernah ke tidak dibuat orang. Semuanya cuma bekas pengantin yang pernah rasa.

Kalau duuuullu punya, diorang letak batang pinang melintang parit depan rumah. Anyone boleh challenge lintas batang pinang tu. Gila kau dengan licin, kecik lagi. Tapi seronok.

Sekarang dah tak dibuat orang. Jadi medium hiburan lebih kearah membuli pengantin. Macam tadi naik macam macam. Then kena jemur tengah panas lagi. Kena bagi minum air garam, air belacan, air terlajak gula, ikut kreativiti bebudak muda kat sini.

Yang pasti, time tu anak anak muda kampong ni akan berkumpul ramai ramai buli pengantin. Berpeluh peluh, cayaqq mekap dibuatnya pengantin tu.

Ada yang nakal sikit balut kotak berlambak2 pastu suruh pengantin bukak. Yang nakal lebih sikit, bagi pengantin minum tongkat ali sama kacip kak timahh. Hahah. Jangan Tanya kenapa.

Yang paling aku yakin, kenduri Najib nanti mesti kena buli habis habisan since dia la jugak yang kuat buli pengantin kat kampung ni sebelum ni. Ambik. Karma tu karma. Ahhahaha.

Ok habis. Gotong royong tadi…

Bila buat gotong royong ni, lagi kerap orang kampung datang rumah. Untuk mesyuarat lauk, pacak balai, kukus pulut, kenduri, and roboh balai.

Nahh. 5 benda, 5 hari. And biasanya jugak tiap kali semua tu, kita sediakan makan makan walaupun sikit.

Macam malam semalam mesyuarat lauk. Yelah. Kenduri gotong royong, takkan dengan magisnya tiba tiba semua tau nak masak apa kan.

Jadi orang orang yang lebih tua, lelaki semua dalam 30-40 orang, maybe kurang, datang and bincang tentang lauk pauk, then list down barang barang yang nak kena beli, dari sekecik kecik garam sampailah sebesar besar natang yang entah apa lagi.

Al kisahnya mesyuarat lauk semalam, sabtu. Masa tu Cuma aku, Acap, Mak dengan Abah kat rumah.

Dah tengahari tapi belum plan apa apa. Jadi Mak cakap, kita buat malam ahad, yang sepatutnya malam ni.

But then Abang Li balik and bagitau diorang dah cuti, Najib dengan wife dia pun nak balik dah.

Aku pandang Mak. Mak pandang aku balik. Aku angkat kening. Then Mak cakap, okay kita buat malam ni. Kahh. Time tu dah pukul 2 lebihh. Bahan apa pun takda.

Mak nak buat bihun sup. Abang Li nak mee sanggul. Angah Pahang cakap buat mee kari. Then undi seterusnya aku sokong mak. Hahahh.

Jadi ceritanya kemas kemas rumah sikit then dalam jam 4 jalan gi beli segala bahan nak masak nanti malam. Aku, Mak, Abang Li, and the three lil musketeer yang gila mamp nakal kat sana. Sambil tolak troli, nak kena tengokkan bertiga budak kecik tu.  -______-

Bihun, ayam, kentang, sayur, sampailah ke sudu, besen dan segala bagai beli masa tu jugak.

Mak memang kadang kadang tak plan nak beli pun tapi dah nampak depan mata… Takpa, aku perempuan, aku paham jugak. Kah.

Dalam jam 7 lebih baru sampai rumah, terus punggah semua. Abah pun baru balik dari bagitau orang kampung.

Sampai rumah, dah ada Najib dengan Zati kemas kemas rumah. Kat dapur ada tok ngah dengan tok jawa hiris bawang. Awal lagi depa prepare barang2.

Terus ambik ayam, cuci. Abang Li panaskan air seperiuk besar, masak ayam, jadikan sup. Bihun pun baru rendam. Jam 8 malam dah. Baru start keluarkan pinggan mangkuk dari cabinet. Jug, cawan dan segala mak nenek dalam sana. Sambil cuci itu ini, berkejar lagi pergi sana sini. Stress. Haha.

Time tu jugaklah orang dah start datang. Jemputan lelaki, tapi makcik makcik yang sekitar rumah ni pun paham jugak dah jadi diorang pun datang jugak tolong tolong.

Settle bincang semua plus doa selamat lagi dalam jam 10 then terus hidangkan bihun sup. Pas habis tu tau lah lotihnya pulak kemas kemas. -___-

Habis cerita mesyuarat lauk. Siang tadi busykan diri menyibuk kat dapur, masak masak. Takdak la masak apa sangat tapi ada la jugak hasilnya. Then Mak suruh buat amenda tah, aku masuk bilik just nak tgk notification kat hp, ended up terlelap sebelah Acap.

Aku dapat bayangkan betapa panasnya hati Mak time tu. :3

Petang tadi semua buat hal sendiri. Aku bawak Mak pi rumah rumah sepupu Mak nun jauhh disana. Mohon imagine jauhnya. Sangat. -_____-

Semuanya sebab Mak nak jemput kenduri and bagi kad terus dari tangan. Secara tidak langsung dapat la kenal kenal saudara.

Lagipun Mak selalu pesan, bila dia dah takda setidak tidaknya aku tau siapa yang aku kena bagitau. Setidak tidaknya bila diorang datang rumah dan mak dah takda, aku kenal. :’)

Sempat jumpa cikgu Taufik tadi kat rumah Along Siah. Anak dia pun dah besar. Dan first time juga jumpa wife dia sebab masa dia kawin dulu aku kat Sabah.

Balik dari bawak Mak, terus hadap goodie bag. Masukkan apa yang ada. Hasilnya, dapatla 2-3 ratus bag malam ni. Besok sambung lagi.



Apa apa pun aku tak boleh biar duduk sorang sorang tak buat kerja. Sebab kepala otak aku ni macam dah set, bila duk camtu terus teringat sesuatu. Ahhh. Rindu.

Banyak sebenarnya plan nak masukkan dalam entry ni tapi tetiba hilang satu persatu. Kahh.


Maybe next entry aku akan cerita sikit pasal merewang kat tempat ni. Yang pasti, memang best.

Till then, Assalamualaikum. :)

Jan 24, 2014

Rasa.

Kadang kadang, perasaan ini membawa aku jauh terperosok dalam jurang yang terlalu dalam.
Lebih dalam dari Jurang Marina, mungkin?

Kaki aku terlalu kebas untuk berjalan lagi
Kerana tangan yang memaut aku telah berlalu pergi

Tinggal hati usang, tak berpenghuni.
Tiada rasa.
Kebas semua.

Pujuk hati, terima.
Kerana ianya salah aku.
Salah aku.

Jan 22, 2014

Jan 21, 2014

Sri Gandus

Entry hari ni berkenaan makanan. Selalu sangat berkenaan hati. Kali ni untuk perut pulak.

Have you ever heard of kuih Sri Gandus?

Tiap kali balik, tak kisahla, even dari dulu lagi kalau pergi pasar malam Kuala Kurau atau Tanjung Piandang, ni antara pilihan wajib.

Sampai rumah tadi terus Whatsapp gambar kat group and none of them pernah makan kuih Sri Gandus.

Aku pun tak pasti either tempat lain ada sebab time kat mana entah, ada orang belikan kuih, sebijik macam seri gandus tapi rasa macam apam biasa.

This sri gandus, susah nak describe macam mana rasanya. Maybe next time kena jumpa sendiri orang yang buat tu dan tanya.

Cuma yang aku dapat bagitau, kuih tu dari tepung, ada telur (maybe), gula, and ada macam puree nenas (maybe jugakk) sebab kasar2, filling pulak dari jem nenas. Sedap!



Sri Gandus


And kalau orang kat sekitar Parit Buntar ni mesti familiar dengan burger Khurasan, inti daging cincang, pastu wrapped dalam kulit popia.

Pakcik pemilik perniagaan burger tu tersangat la ramah and baik. Biasanya kalau sekali orang beli, mesti akan datang lagi.

Kadang kadang bila datang kena queue sebab ramai betul.Tadi pergi tak sempat nak beli since pakcik tu tinggalkan sekejap, pergi solat.

And kalau ada yang biasa pergi pasar malam yang pakcik ni niaga, mesti akan perasan, tiap kali masuk waktu solat, pakcik dgn anak dia akan tinggalkan gerai sekejap and terus pergi solat.

Once ada kawan aku tanya, tak takut ke tinggal semua barang barang. – Allah kan ada. Hmm.

So for those yang berdekatan and tak pernah rasa, Sri Gandus ni aku recommend sesangat.



Tempat lain tak pasti sangat tapi aku biasa beli kat pasar malam Kuala Kurau, Parit Buntar dengan

Tanjung Piandang. Pasar malam Batu 5, Bagan Serai dengan Simpang 9 tak pasti pulak.

Jan 20, 2014

Setia

Ada ketikanya
Matahari tidak berpihak kepada kita

Ada ketikanya
Bulan sembunyi sinar dari pandangan mata

Ada ketikanya
Awan menyorokkan cahaya tinggal kita gelita

Matahari, bulan, awan
Sebenarnya tidak pernah meninggalkan kita

Matahari, bulan, awan
Mungkin sesuatu yang paling setia

Setiap kali terbuka mata
Matahari, bulan, awan

Sentiasa ada  diluar jendela

‘Malaysia Book of Records; Longest Distance Run On A Treadmill By A Group’ sempena ulang tahun UMS ke-20.


Sempena Ulang Tahun UMS ke-20, Program Sains Sukan, Sekolah Pendidikan dan Pembangunan Sosial, Universiti Malaysia Sabah akan (sedang) menganjurkan program Malaysia Book of Records; Longest Distance Run On A Treadmill By A Group sebagai satu usaha UMS untuk Malaysia mencipta satu rekod baru dalam Malaysia Book of Record. Program ini diadakan selama sepuluh hari bermula dari hari ini sehingga 31 Januari 2014.

Okay program ni under program yang aku ikut sekarang, Sains Sukan. And most of them yang terlibat, pensyarah, seniors dan coursemates aku jugak.

Lokasi kejadian *macam kes bunuh* di 1Borneo Hypermall, kalau masuk kat main entrance tu, terus jumpak.

Jam 4.35 pm tadi larian dimulakan oleh si palek Abner Moilie and bakal diteruskan oleh senior Pang Tsun Kuo aka Susan. Haha.

Diorang akan lari dalam 2 jam setiap seorang then bergilir-gilir sampailah 31hb nanti. Pehh. 

Ohh and pelari ada 9 orang so akan bertukar tukar seorang demi seorang. Sounds tiring kan?

And of course, Abner stole the limelight gitew since dia mewakili pelajar berkelainan berupaya dalam larian ni.



Apa-apa pun, good luck semua, Dr. Dayang, Miss Steph, Laura, Akie, Iswara, Zaty, petugas-petugas lain, runners dan semua yang terlibat. Bah aarmaitiii kita pigi 1B!


Psstt: Kesian miss ehemmm dari bahagian makanan, cirit birit katanya. HAHAHA.


20 Januari, 5.40 pm.



Jan 15, 2014

Farewell

Bid our last farewell semalam.

Kunun bilang urang Sabah. Ciss. 
Bukan last. Harap harap bukan last.
InsyaAllah. :)

Semoga jumpa lagi.
Jaga diri selalu.

Salam sayang, Izzany.

Yang kilik sikit tu.


Winking Line Smiley